Politik Sesuap Nasi

Pilihanraya umum ke-13 telah pun melabuhkan tirai.

Barisan Nasional berjaya memperoleh 133 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat 89. Memandangkan Malaysia menggunakan kaedah pilihanraya First Past The Post maka undi popular tidak diambil kira dalam pembentukan kerajaan.

Pemilihan House of Common 2005 di UK misalnya membolehkan Labour Party mendapat 56.5% kerusi walaupun cuma mendapat 36.1% undi sahaja. Kelantan pada 2004, beza undi BN & PAS / PKR cuma lebih kurang 4,371 sahaja (49.5% vs 50.4% undi popular) dan menguasai 53% kerusi DUN. Fenomena sistem FPTP ini tuan puan yang bijaksana dapat semak sendiri berdasarkan keputusan PRU yang lepas.

Seperti mana pilihanraya yang lepas, para pengundi khususnya pengundi yang tidak menyertai mana-mana parti secara sedar atau tidak, mengundi kerana sesuap nasi (for bread & butter).

Pada PRU 13 kali ini, ia semakin ketara. Bandar vs luar bandar.

Pakatan Rakyat menawarkan tawaran yang sangat menarik minat anak muda dan warga kota. Slogan #IniKalilah disusuli dengan tawaran harga kereta rendah. Tol dihapuskan. Wifi percuma. Gaji minima. Harga petrol turun. Pendidikan percuma dan hutang PTPTN dihapuskan. (Dan banyak lagi)

Barisan Nasional pula barangkali tahu mereka sukar untuk menawan hati pengundi kota. Maka BR1M menjadi satu senjata yang sangat ampuh selain memasukkan sentimen Melayu & Islam (e.g. kalimah Allah). Kempen sebegini menyebabkan ramai pengundi senior & luar bandar lebih selesa mengundi Barisan Nasional.

Bayangkan seorang warga Malaysia yang selama ini rezekinya barangkali sama ada sawah atau kelapa sawit atau getah. Saya namakan warga Malaysia ini Wak Lanang.

Wak Lanang tidak duduk di bandar yang sudah pasti dibebani dengan harga tol. Wak Lanang tidak perlu kereta Honda Civic untuk masuk ke kebun.  Wak Lanang selesa menaiki motor kapcai C-70 sahaja masuk ke kebun. Kos minyak C-70? Ha ha ha. Membeli kereta second hand secara tunai adalah satu kebiasaan bagi generasi ini.

Gaji minima? Bagaimana seorang pekebun kecil seperti Wak Lanang boleh mendapat manfaat gaji minima? Malah, selain pendapatan kebun Wak Lanang ini barangkali menerima RM 1,000 setiap bulan, sumbangan dari 5 orang anaknya yang kini merupakan generasi Sandwich.

Akaun emel pun tidak ada malah guna komputer pun tidak tahu jadi bagaimana Wak Lanang dapat menghargai tawaran Wifi percuma? Pendidikan percuma? Anak-anak Wak Lanang semua dah habis belajar. Yang bijak, kerajaan telah bagi biasisiwa. Yang mahu berniaga kecil-kecil barangkali sudah dapat bantuan Tekun.

Ya benar. Rakan sebaya Wak Lanang, Tauke Chong misalnya barangkali tidak mendapat apa yang Wak Lanang dapat untuk keluarganya. Anak Tauke Chong perlu masuk STPM dan bukannya dapat Matrikulasi dan biasiswa kuota Bumiputera.

BR1M mungkin diperlekehkan oleh anak muda khususnya di bandar. “RM 500 setahun aje? Ini kalilah!”

Namun BR1M jika kita lihat bersama dengan pelbagai subsidi yang diberikan dalam bentuk baja, insentif hasil, tunjuk ajar jabatan pertanian ia adalah sesuatu yang besar bagi Wak Lanang.

Jika Rafizi Ramli, ahli Parlimen Pandan berjaya mengesahkan status ikon anak muda, barangkali pasca PRU 13 Nasrudin Hassan at-Tantawi, ahli Parlimen Temerloh dapat mengemukakan tawaran yang dapat menggoncangkan undi Wak Lanang dengan tawaran:

“Hari ini Pakatan Rakyat memerintah, esok harga sawit naik!”


Baca Nota Pakdi menerusi emel:

5 thoughts on “Politik Sesuap Nasi

  1. salam, pakdi yang saya sayangi, apa yang pakdi bicara tu benar.
    cuma apa yang pakatan rakyat offer tu maybe berdasarkan demografi malaysia, dan membawa kebaikan pada warga muda yang dikatakan muflis setelah graduasi, kerana mananggung hutang yang tinggi, kebanyakan mereka adalah melayu. dan rakyat malaysia ni paling tinggi pratus jumlah penduduknya orang muda.

    apa yang parti BN offer juga munasabah, BR1M, KR1M, dan banyak lagi, jika dilihat pada logiknya juga menumpu pada orang bandar. dan bnyak memberi keutamaan pada orang bandar.

    link demografi penduduk malaysia
    http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&id=1215&Itemid=89&lang=bm

  2. ilmu kew yg dipromosi pakdi perlu diperluaskan .harapan sy lps ni amalan kroni kapitalis yg menjurus kleptokrasi/plutokrasi perlulah diimbangi dgn dasar yg lbh telus. nak minta harga sawit/padi naik selain produktiviti sgt menduga fikiran.

Comments are closed.