Membeli Kereta Barangkali Tindakan Kita yang Paling Bodoh

Kereta adalah liabiliti.

Walaupun cantik, berkilat dan mahal, ia adalah beban kewangan.

Jangan beli kereta sekiranya kita hanya mampu bayar duit ansuran bulanan, tetapi terlupa kira kos petrol, kos takaful, kos servis, kos maintenance, kos spare part, kos parking, kos tol dan kos-kos lain.

sparepartkereta

Sungguh.

Ramai yang hanya kira bab kos hutang kereta. Tetapi lupa kira kos memiliki kereta.

Beli Harta Dulu Bukan Beban

Kalau rasa nak berhutang cepat, beli rumah dulu.

Atau beli apa-apa harta yang sebenar.

Tindakan ini yang jauh lebih baik dari membeli sebuah kereta seawal mungkin selepas dapat gaji. Sebab nilai harta yang sebenar makin lama makin naik. Nilai kereta pula tiap tahun harganya makin turun.

Jika sudah membeli kereta dan tiba-tiba rasa sesak tak cukup duit setiap bulan, maka kena cari pendapatan tambahan. Kalau rasa tidak mampu cari pendapatan tambahan, adakah kita sanggup memotong perbelanjaan ? Itulah dilema mereka yang sudah terlanjur beli kereta.

Tak perlu risau lambat beli kereta. Di saat kawan-kawan semua dah pakai kereta. Tahun-tahun akan datang pasti keluar model yang lebih canggih atau lebih laju. Tidak lari kereta dikejar. Kereta baru bila beli, lama-lama jadi buruk juga.

Yang penting, menyimpan dulu.

Hutang Kereta Punca Utama Muflis di Malaysia

Ya, hutang kereta adalah punca utama.

Bukannya kad kredit.

Justeru, kita kena akui dan terima hakikat kereta adalah beban, atau liabiliti kewangan. Kereta menghabiskan duit gaji kita setiap bulan. Jadi kena ada cara yang bijak untuk membeli sebuah kereta. Duit gaji tidak diusik, simpanan ada, kereta pun ada.

Itulah yang terbaik!

READ  Larangan Menjual Secara Misleading Walaupun Produk Itu Patuh Shariah

108 comments

  1. noriz

    sya setuju klu utk org yg baru dpt 1st job, apalagi klu stay di bandar yg pengangkutan asasnya mudah mcm lrt.
    Tapi keta ni memudahkan utk family. kena tgok kemampuan la kan

    1. Red Rambutan

      nak apa – apa, menyimpan dahulu. Elakkan berhutang seboleh-bolehnya.

  2. Jibam

    Terpaksa beli bang… keperluan bukan kebodohan. Pinangan ku akan di tolak kalau tak de kereta. Tak le gi rumah aweks naik kapchai. Coobaaan…..

    1. eezone

      Gile ke hapa pinangan ditolak hanya disebabkan tidak ada kereta…cuba la tanya dulu apa sebab tak pakai kereta…mana la tau yang tak beli kereta tu sebenarnya dah dah ada saving ASB max, pastu memang ada perancangan kewangan yang solid…

      ni cerita benar ye..kawan saya yang sama2 bekerja di TM dulu, 7 tahun pergi keje naik moto (time ni masih bujang), sangat berhemat dalam kewangan peribadi…lepas 7 tahun, saving ASB dah hampir max…sekarang ni baru kawin, tade pulak parent in law dia reject dia sbb dia pergi keje naik moto…

      1. Jibam

        Cuba kau pergi rumah aweks kau naik kapchai…. Kalau kau dah kawin , aku rasa kau pun naik kereta pergi rumah aweks kau kan.

        1. draman

          kisah benar, aku pergi rumah awek, sekarang dah jadi isteri, naik bas je beb. kalau sebab kereta diorang reject, lebih baik cari yang lain sebab kemungkinan besar diorang materialistik.

      2. keig

        adakah nama kawan mu di TM itu najib ?mcm ku kenal

  3. latep

    sebab tu aku lagi suka layan motor.peduli apa orang nak kata. ikutlah kata hati, bukan ikut cakap orang. tapi adik2 kita ni mudah sgt terikut2 rentak orang…kalau berkereta kata keperluan, tapi ada saja tokok tambah eksesori. sport rim, pasang dvd etc..phone plak nak yg paling canggih…tu yang tak sempat hujung bulan duit dh habis..

  4. Mr Acai

    kete kena beli gak, dh jadi keperluan.. pandai2 la nk byr bulan2, tak byr.. kena tarik

  5. Tom

    Hah simpan lah duit byk2.Mcm lah boleh bawak ke kubur.

    1. eezone

      memang la takleh bawak masuk kubur bro…tapi kalau mati pastu tinggalkan hutang berkepuk2, tu sapa yang bayarkan tu? nnt ditanya jugak kat kubur…mati sebelum sempat selesaikan hutang…

  6. joe labi

    cakap mmg senang, tapi realitinya pahit ditelan. kereta ni dah jadi macam keperluan masa kini. harga rumah melambung tinggi. sapa nak beli, orang banyak duit boleh lah.

    1. eezone

      so penyelesaiannya? jadi la orang yang banyak duit…hehe

  7. hafiz

    Maybe boleh jadi macam ni. Kereta baru harga 50k adalah kehendak dan kereta yang mampu dibeli dengan 12 bulan gaji dan selamat untuk bergerak dari point A ke point B adalah keperluan.

  8. kadri

    saya agak menyesal membeli kereta baru di awal pekerjaan
    memang beban..tp ia saya jadikan pengajaran agar lebih BIJAK dalam WANG..
    kalau x buat salah, x belajar…hehe

  9. matjoe

    menurut buku RWDS – beli kereta yg murah (pastikan jugak kereta tidak bermasalah), yg boleh bayar dlm masa yg singkat

  10. Acik fosilmitra

    Salam,

    Pendapat acik berbeza, nak beli keta boleh, tapi dgn syarat dah ada 2 keta… makna kata satu keta kecik (jimat minyak, utk perjalanan ke tempat kerja), satu keta besar utk perjalanan keluarga ke tepian pantai, guna sekali sekala jer…

    Kalau anda dah punya keta kecik, tak salah nak sambau keta besar dgn syarat keta kecik tue dah habis bayar ler… fullsettlement… dan sebaliknya bagi yg berkereta besar, belilah keta kecik utk tujuan ke tempat kerja.

    Acik kurang setuju dgn pendapat naik motor lebih afdal dari naik keta, hal ini membahayakan nyawa anda semata². Mmg cepat sampai, mmg jimat kos tol, minyak, parking sumer… tapi kalau “terkena harinya”… sendiri mahu ingatlah akan yg tersayang…

    Beli keta kedua pun jgn ler beli keta yg mahal², bebaru ni acik tgk kat mudah.com kita nissan serena baru dlm RM40k jer… tujuannya pun hanya utk sesekali jln balik kg atau honeymoon… hehehe…

    p/s: My seposen jer..

  11. eezone

    Acik, part kereta besar tu kan, yang guna hanya sekali sekala kalau nak bawak pergi jalan2 keluarga, agak2 installment kat bank tu boleh bayar sekali sekala tak?

    Saya ada kawan gak…selalunya dia pergi keje naik moto…gaji tak besar, kira cukup2 makan…tapi sambar gak sebijik kereta sebab dia kata senang kalau nak jalan jauh…kereta tu hanya guna waktu weken sahaja…kiranya kalau bergerak 4 weken seminggu tu pun dah kira bagus…tapi tiap2 bulan installment kereta tetap kena bayar…

    pada pendapat saya yang tidak seberapa ni, tindakan tu amatlah merugikan sebab tak fully utilize kenderaan yang dibeli. beli sekadar untuk guna sekali sekala…

    Of cos, kalau duit dah berkepuk2, asset dah melimpah ruah, tade masalahnya nak beli 10 kereta pun simpan kat garaj…tapi kalau duit pun cukup2 makan, pastu buat pulak kesilapan beli kenderaan yang hanya guna SEKALI SEKALA, pastu tiap2 bukan sesak je memanjang, pada saya amat lak tidak bijak…

    1. Acik fosilmitra

      Keta secondhand kalau dibeli utk kegunaan sebagai kenderaan kedua utk berjalan² cari makan pada acik masih ok berbanding beli keta firsthand… Kegunaannya mmg sekadar utk sekali sekala sebulan namun berbaloi dan lebih afdal dari kita dok sewa kenderaan utk ke sana kemari yg akhirnya kereta tersebut bukan milik kita pun… just keta sewa… mcm rumah sewa gak kesnya…

      Sebab tue, bila beli 2 keta, satu keta mmg full utilise kegunaannya utk berulang alik ke pejbt maka duit kos service maintenance sumer hanya utk satu keta saja… kos yg sebuah keta besar mpv lagi tue kemungkinan dpt dijimatkan… dah nama pun keta second… kita nak servis ikut sukat kati kita sekali 6 bln ke… 10 bln ke sebab kegunaannya pun utk sekali-sekala.. tul dak?

    2. anep358

      bro,agak2 r… kete mmg 1 keperluan skang ni… lbh2 ag tuk org yg dh berkeluarga dan kampung halaman yg jauh, xksah r pky 4 weken sbulan ke 6 weken sbulan ke….tapi mcam mane 1 hari tu mmg btul2 ada emergency or pape ke yg mmerlukan kita brgerak pky kete, agak2 kalo time 2 saya tepon bro suh dtg mbk kami sekeluarga anta ke kelantan leh x?

  12. eezone

    tersilap plak…sepatutnya 4 weken sebulan…

  13. sal

    Ada yang marah bila dikatakan, “Buying a car is the most stupid thing to do.” “Kalau takde kereta, macam mana aku nak bergerak?” Terpulang. Saya tetap bersetuju sesungguhnya membeli kereta adalah antara tindakan bodoh seorang eksekutif muda. Untuk tempoh 5 tahun pertama, cukuplah beli kereta serendah RM 5,000 dan bukannya RM 50,000. Sekurang-kurangnya anda tidak jadi orang paling bodoh dengan membuat pinjaman 9 tahun untuk sebuah liabiliti.

    1/3 pendapatan anda seharusnya disimpan. Saya ulang, disimpan. Buat satu akaun simpanan khas dengan segera. Saya sebut simpanan dan bukannya perlindungan insurans mahupun pelaburan unit amanah. Simpanan adalah simpanan. Jangan campur adukkan simpanan dengan perkara lain.

    RM 1000 x 12 x 9 = RM 108,000.

    Graduan muda, anda pilih sama ada mempunyi sejumlah simpanan wang tunai sebanyak ini untuk tempoh 9 tahun atau anda memilih sejumlah itu untuk dileburkan demi sebuah kereta?

    Pakdi: Rasanya ini macam dari artikel blog lama yang dah hilang tu akibat server syarikat hosting rosak.

    1. sal

      ya tepat sekali….hehehe….dipetik dari pakdi.my 🙂

  14. eezone

    sal! AGREEDDDDDDD….

  15. Mohd Azril

    Mungkin tindakan beli kereta adalah tindakan yang bodoh jika kita tidak pandai mengurus perbelanjaan kita. Keperluan setiap orang berbeza.

    bulan2 aku bayar ansuran kereta RM5xx, minyak petrol sebulan rm3xx (tu pun kalau guna kereta hanya untuk pergi balik kerja, klu jalan jauh, bajet ptrol akan terlebih). Maknanya perbelanjaan untuk kereta aku sahaja hampir rm 8xx sebulan.

    Sekarang ni aku buat simpanan kecemasan utk kereta. setiap bulan aku simpan dekat rm200. (insuran+roadtax=rm100, maintenance=RM50, servis= rm50).

    Semua ni aku buat selepas aku membaca buku Rancang Wang Dari Sekarang!

  16. Acik fosilmitra

    Beli kereta tanpa deposit satu kesalahan – FOMCA
    PETALING JAYA – Skim tawaran membeli kenderaan tanpa deposit yang didakwa antara punca ramai penjawat awam diisytiharkan muflis sebenarnya bertentangan dengan Akta Jual Beli 1967.

    Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj berkata, apa yang berlaku sekarang ramai wakil penjual kereta memanipulasikan perkara itu demi mengejar komisen.

    “Wakil penjual kereta akan memanipulasi pembayaran deposit sebanyak 10 peratus tersebut dengan mengatakan mereka boleh mendapatkan pembiayaan seratus peratus.

    “Akhirnya, pembeli terperangkap dengan amaun yang jauh lebih tinggi dan akhirnya tidak mampu untuk menjelaskan ansuran bulanan,” katanya pada sidang akhbar sempena Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia di sini semalam.

    Beliau mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam mengenai ramai penjawat awam diisytiharkan muflis gara-gara tidak mampu membayar pinjaman pakej pembelian kenderaan tanpa deposit.

    Menurutnya, pengguna turut cuai kerana terlalu mempercayai wakil penjual kereta berbanding mendapatkan maklumat dari agensi profesional.

    “Tidak ramai pembeli diberitahu bahawa syarat bayaran pendahuluan 10 peratus itu sebenarnya dibuat bagi tujuan memastikan kemampuan seseorang untuk membeli kenderaan,” katanya

    Sumber: Kosmo! online…

  17. gjoe

    Kalau membeli sebiji kereta sudah satu kebodohan, apatah lagi membeli sebiji lagi kereta. 2 kali bodoh namanya…..

  18. ben

    huh… xstuju statement kat atas utk digunapakai utk suma orang… suma bergantung pada perancangan dan plan masing-masing… tapi amat bagus utk exec muda dan org yg baru keje utk pikir mana hala tuju diorang..

  19. treec00l

    sape yang makan cili, dielah yang rase pedasnye.

    sape yang terase tu, memang sahlah die dah kena. hehehehe.

    lantak koranglah nak beli kete ke, moto ke, bas ke, rumah ke.

    bukan orang lain yang susah pon :)\

    lantaklah.

    1. ben

      patut le bibir ni rasa pijar2… panas2… termakan lada rupanye.. hehe..

  20. dinsblog

    Bersederhana itu adalah lebih baik …jadi nak beli apa2 pun ikutlah keutamaan dan kemampuan.

    1. siputcomell

      betul, ikut kemampuan dan keperluan.
      kalau dah rasa xmampu pakai moto..
      yg rasa mampu pakai kete..
      kalau yg terlebih mampu tu tlg la org yang xmampu tu..
      jgn terus blame org yg nak pakai kereta,kite xtau mslh dia mcm mane.
      saya ni pergi kerja naik bas hari2..dr zaman sekolah lagi.
      cuba yang naik kereta tu bg pinjam kereta pd org yang naik bas ni dan cuba anda pula naik bas..
      saya nak tgk berapa lama anda bertahan.

  21. mr.un

    jadikan kereta itu satu keperluan bukan pelaburan kerana aset merupakan benda yang kita beli hari ini akan memberi pulangan dimasa hadapan bukan menghakis kewangan kita.Beli ikut kemampuan bukan niat menunjuk..selamat digunakan dan buat penyenggaraan major dan minor…insyaallah….

  22. alhamidi

    Belilah apa-apa pun..Kalau pertimbangannya nafsu semata2, bukan keperluan..itu ialah KEBODOHAN..!!

    Setiap orang ada keperluan tersendiri, belilah kereta ikut kemampuan. Apa salahnya demi keselesaan diri dan keluarga..

    1. Acik fosilmitra

      Setuju dgn alhamidi… adakah satu kebodohan atau kebijakkan kiranya takmo beli keta pastu menunggang motor bertiga-berempat dah mcm sarkis?… Adakah satu kebodohan atau kebijakkan jika sekiranya setiap kali nak ke tempat kerja perlu berasak² cth ketika menaik komuter, masa bersama keluarga terbuang begitu sahaja?… Adakah satu kebodohan atau kebijakkan jika sekiranya mendapati pembelian 2 kereta suatu pembaziran jikalau kita bekerja, isteri dirumah tak keja tapi takde keta nak kemana?… Kalau emergency kes siapa susah?… jiran sebelah menyebelah jugak yg susah… Fikirkan dan selamat beramal.. hehehe…

  23. creampuff

    sy pun masa mula2 keje sgt2 perlukan keta.posting jauh maa nak balik naik bas pun kena ambik cab pg bus station pastu tukar 2 bijik bas baru sampai umah-keje johor rumah kt perlis:((..so sy beli keta.beli yg 2nd je..senang dan kebetulan adik2 yg kt utm pun boleh tumpang sama bila balik kg..lepas kawin dan pindah KL,husband pon ada keta gak..kitorang rasa tak berbaloi bayar keta sampai 2..mana pulak ada keta khas utk pegi jln2:))..sama je bebannya,kena bayar bulan2,roadtax,maintenance..etc.so kami let go 1.
    skrg busband pg keje naik moto ( keje jln ampang sana,amatlah memeritkan kalau bw keta..)duit yg sepatutnya byr keta tadi tu invest/kumpul utk deposit beli rumah…skrg tgh rancak simpan utk settlekn loan keta lg 1..pastu nak beli rumah buat sewa..

    ada jiran sy pun mcm acik jugak…ada satu keta besar utk jln2 la kot ( cherry)..hehe kalau keta tu dok diam2 kt umah dan tak payah bayar apa2 mmg la best…best ke acik??

  24. kinna

    saya rasa kereta tu mmg keperluan. tp tak perlu la sampai berabes utk aksesori. ikut pakar kewangan pon, dia kata kalau setakat nak pakai pi kerja, beli seken hen pon takpe dah.

    saya beli kereta sbb tak sanggup berhimpit naik bas. ade kwn smp kena r4b4 dlm bas/lrt. dh la byk indon/bangla.

    jgn la senang2 melabel org bodoh hanya kerana org tu beli kereta. beli rumah pon bukan tindakan yg bijak kalau rumah yg dibeli rosak sana sini, pastu kena bayar loyer ribu riban, blom termasuk rumah terbengkalai lagi (ada lagi ke kes abandoned house la ni?)

    just sharing my 2 cents!uiks!!

  25. pakdi

    Bukan tak boleh beli kereta. Cuma kena tahu beli kereta adalah tindakan yang bodoh. Maka kena fikir cara-cara yang pandai. Dalam status facebook saya ada beberapa orang berkongsikan cara beli kereta secara bijak.

    1. acit

      pakdi, jgnla kata ‘beli kereta adalah tindakan yang bodoh’. kurang tepat tu untuk dijadikan satu concluding statement, sbb ente sendiri tulis ‘ada cara beli kereta secara bijak’ =) so maybe leh rephrase kpd ayat yg positive sket…contohnya as easy as ‘beli kereta bukanlah tindakan yang bijak’. setengah orang sensitip sket…tgok jela komen2 tu…hehe peace

      1. Pakdi

        Acit, kalau guna perkataan tu tak menarik ramai orang untuk membaca sejurus selepas membaca tajuknya 😉

        1. Wan_PMD

          Kan Pakdi dah tulis ‘barangkali’ kat situ..hehe..
          Chill.. =)

  26. Aisyah

    Aku beli kete taun 2009 mase baru posting dan taun nih aku da beli umah (RM90k). Walaupun murah jek tapi aku puas ati sebab aku da ade aset sendiri sebelum umo 26 taun. Gaji RM 3 jek. Bulan2 bayo kete ngan umah RM1200. Yang paling penting rancang kewangan. Pasni aku nak kumpul duit p haji plak. Insyallah. Aku x dela rase sesak sangat pon sebab kalo kite ade ilmu kewangan yang cukup kite bley bujet ngan bijaksana 😉

    1. hafiz

      Musti kerja gomen kan?

      1. Aisyah

        Yuhuuu…a’ah betol la tuh. Keje gomen jek. Kalo abah aku x aja aku cara2 urus kewangan sejak kecik aku rase aku lom ade kete ngan umah kot 😉

  27. titan

    beli keta dan rumah. So far, masih takde masalah. Gaji ok. Topup plak dengan duit sampingan. Alhamdulillah takde masalah. Tinggal hutang keta dengan hutang rumah aje. hutang ptptn, tahun ni habis. umur 36, insya-Allah. Langsai semua.. 🙂

  28. Amin007.Ledang

    kalau beli kereta satu tindakan kurang bijak
    naik motor saya takut hehehe

    yang mampu hanya beli basikal elektrik
    itu pun dengar2 khabar angin kena ada lesen pula

    susah nak mengurat awek kalau tak ada motor atau kereta huhuhu

  29. ieda

    hello hi semua!!

    saya baru berkerja 3 bulan di sebuah company pernerbitan dan baru sahaja menamatkan pengajian di universiti tempatan disember lalu.
    memandangkan waktu kerja saya ni tidak menentu..siang malam melekat di office sahaja, saya amat memerlukan pengangkutan plus rumah sy tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam..:(

    sekarang saya dalam perancangan utk membeli sebuah kereta.
    masih lagi takut2 dengan komitment bulan2 dan serious saya tidak tahu utk separate budget utk personal, emergency, savings , etc…

    bila baca korang punye comment sume ni. sy lg rasa takut utk membeli kereta.

    pada awal perancangan..budget saya kt kereta dalam 500+ je, dengan 0 downpayment..tp bila pk balik.mampu ke sy nk bayar bulan2 tu. ..basic gaji sy hanya 2k..

    please advice………..

    1. Kipas

      Bro, jgn takut sgt.. beli la viva.. kalo auto with full loan.. monthly dlm rm490.. ada sikit downpayment, ble la turunkn sikit.. maint viva xsusah.. viva keta yg lasak.. asalkan ko jgn langgar org la.. 😀

    2. apish

      beli la kete seken.. cam saya beli gen2 seken.. Alhamdulillah xde masalah sgt kete tu.. bulanan bayar rm360.

  30. naxuslala

    huh,,ak bru plan nk beli kete,,dh brblah bhgi ati niy ble dpkrkn blik,,,

    1. apish

      belilah utk keperluan

  31. ilhamic

    ikutlah kemampuan masing2…

    ak x konvo lg,
    tgh praktikal beli kete baru dgn separuh cash, sparuh loan..

    x dak slip gaji pun..
    just guna slip bank..hehe..

    so, buatlah bisnes, Alhamdulillah~
    bg ak kena tunjukkan kejayaan bisnes yg kita buat..

    lpstu rmi la yg follow jgk..keke~

  32. evans

    beli jerk..
    bkan kau bayar kan pown..
    ada aku kesah..
    bukan bodoh..
    sendiri dah guna pandai lah nanti..

  33. tansri85

    Beli keta 2nd pon belom tentu lagi bijak dari beli 1st hand sbb:

    1. rate keta 2nd lagi mahal, apetah lagi kalau pakai personal financing
    2.hidden cost maybe lagi bnyk sbb warranty xde.
    3.keta lame lagi bnyk pakai mnyk apetah lg kalo gune tech. lame
    4. resale value keta 2nd lagi bnyk jatuh sllalunyer.

  34. Nekrad

    keter adalah untuk digunakan bergerak dari point A ke point B.
    secondhand kalo nk murah amek Korean car. aku amik yg umur 5 tahun RM18k jer. tp set aside RM5k untuk apa2 major maintenance. cari laa bengkel yg dipercayai. smpai arinih keter tuh dah 7 tahun tp condition tip top.

    1. arcy87

      sani san!!
      haha..ok lg ye kia spectra mung tu??
      bereh boh…

  35. tq

    dlu mase memula keje, dpt la simpan 15k setahun….tp bila dah bli kete….nak simpan 10k pun susah……tp alhamdulillah…..dlm tempoh 3 tahun je saya jd camtu……pasal saya letak downpayment 20k…..jd tempoh pembayaran saya jadi pendek…..itu la gunanye downpayment….lg besar kite letak….lg cepat la kite habis bayar…….jgn gunekan alasan biar papa asal bergaya……kite pape….blum tentu kite dapat bergaya….silap2….soru pun miss…..

  36. noh hujan

    kalau naik moto dengan cermat tak bahaya kut keta pun blh exsiden gak….tapi yang langgar moto ni pun selalunya kenderaan lebih tayar 2, so kita pakat2 naik moto semua mmg selamat punya.

    1. hafiz

      setuju sangat. naik pun sorang jer. kalau boleh aku nak suh sume org naek kuda jer. lagi green.

    2. pkdit

      letih la tahan gelak baca komen..

  37. Lantoi

    Profil setiap bakal pembeli kereta adalah berbeza, Profil 1 anak org biasa bukan anak org kaya dan budak baru 24 tahun grad gaji dlm 1500-2k….. eloklah beli keta secondhand mcm kancil dlm 6k-9k, maintanance murah minyak jimat, nak stabil beliler sportrim 14 inc baruler stabil sikit, itupun kalau boleh beli lepas setahun keje. (fasal kumpul duit gaji bulan + bonus boleh beli cash(.bolayan hand phone canggih buang masa jer..)..So after that savinglah tiap bulan sampai 5 tahun. and look for your first house dan buat 20 tahun jer jgn lebih. hehehe

    (sambungan dari profil satu)
    Profil 2 Dan keje 8 tahun gaji pun dlm 3.5k to 4k , rumah dah beli, kete dah tentu tak de hutang sebab beli cash. duit simpanan pun ader jumlah maybe dlm 50k , so cariklah kete 2nd hand yg umur tak lebih 5tahun jenama jepun dan beli letak 10k ikat 5-7tahun.(islamic ye)
    so duit simpanan 40k tu simpan umur masa tu dah (24 +8= 32 tahun) so rule 72 + purata pulangan 7.5% maka dlm 10 tahun ader 80k(tu belum simpan lain dari umur 32 ke 42 tu. okeylah amik puratalah 6k stahun so 10 tahun =(straight calculation) so 60k + 8ok = 140k

    so mamat tu umur 42k ader 2 kete yg dah abis bayar, umah lak dah bayar 12 tahun so check akaun 2 kwsp buat full settement. MAKA PADA UMUR MAMAT TU 42 dia dah financial freedom sebab kete ade 2, umah dah setel duit simpanan lak ader 140k.

    So okey tak plan diatas. Sesu i bagi mereka yg suka hidup bersederhana dan tak mau tekanan hutang. Ade kajian lagi kaya seseorang tu lagi stress sebab utang banyak so asyik nak fikir bayar utang dan nak preserve gaya hidup. adiozz. Feel the sense … Lan

    1. Aizat

      Saya tertarik dengan planning saudara Lantoi. tetapi kalau lebih menarik kite masukkan budget untuk kahwin bagi lelaki yang tentunya bercadang untuk berkahwin selepas beberapa tahun bekerja. Apa pendapat saudara?

      1. mazuki

        saya yakin anda dalam proses untuk kahwin…

        Saya dah simpan duit untuk kahwin sejak 6 tahun lalu… kereta belum ada lagi…hohoho

        1. hafiz

          Itu yg saya buat skang dan saya baru ada sebijik rumah dan akan berkahwin ujung tahun ni.

  38. 8 Langkah Menguruskan Kewangan Dengan Bijak dan Sistematik

    […] Kita perlu mengenal pasti keutamaan perbelanjaan kita. Setelah kita menyelesaikan keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan maka kita perlu pastikan kita mengumpul aset-aset terlebih dahulu. Dalam hal ini, penyata kewangan (financial statement) memainkan peranan penting untuk kita menguruskan kewangan. Angka-angka dalam penyata kewangan dapat memberi petunjuk kepada kita sama ada pembelian ‘harta’ kita adalah bersifat aset atau pun liabiliti. […]

  39. Nisa'

    Saya beli kete baru pada tahun kedua keje, suami 4 tahun keje. Sebelum beli kete tu pakai kete parent, sambungi bayar je, rm385.bila beli kete baru bulan2 rm792. Fuhh..susah dah nak simpan duit, dulu dapat simpan rm1K sebulan , lani x dapat dah..masuk jgk TH cam biasa tapi mostly suku dari 1k je dapat. Kalau jimat belanja, tak ada beli barang bukan2, dapat juga simpan 1K, tgk cara berbelanja. Tp just nak share sgt setuju dgn Pakdi.

  40. Rentaka

    bukan tindakan bodoh ..cuma kurang bijak jer beli kereta ni .

    Beli kancil ker apa ker yang murah ..kalu boleh cash ..cash laa .. untuk pakai harian .
    Kalau nak jalan jauh …sewa lah mpv . ke kereta besar ker ..

    mpv rm 800 sebulan
    12 bulan RM9600
    +maintainance+insuran= paling kurang jadi RM11500 ( minyak adalah subjectif tak termasuk)

    sewa mpv 1 hari RM200 x 30 hari penyewaan = RM6000
    kalau 40 hari = RM8000

    dalam setahun berapakali kita jalan jauh atau balik kampung
    kalau 30 hari , maknanya menyewa lagi jimat dari beli .kepala pun relex jer .
    kalau 40 hari kira ok lagi tu .

    siap ada duit lebih lagi … boleh simpan
    Kita pun dapat menjauhi RIBA

    1. eezone

      Terbaik la…i like ur idea…guna kereta sewa je…maintenance apa sumer tak payah fikir…bukannya tiap2 hari jalan jauh atau balik kampung…

      lagi sesuai guna idea ni daripada beli kereta untuk guna balik kampung je…

  41. NIZAM

    Pesan orang tua:

    1.Kalau duit cukup untuk beli BMW…belilah CAMRY
    2.Kalau duit cukup untuk beli CAMRY…belilah PERDANA
    3.Kalau duit cukup untuk beli PERDANA…belilah WAJA
    4.Kalau duit cukup untuk beli WAJA…belilah WIRA
    5.Kalau duit cukup untuk beli WIRA…belilah KANCIL
    6.Kalau duit cukup untuk beli KANCIL…belilah KAPCAI
    7.Kalau duit cukup untuk beli KAPCAI…belilah BASIKAL

    InsyaALLAH hati senang 🙂

    1. Engrfeez

      Bijak ar statement mu Nizam. Satu lagi kalo takde rumah beli rumah dulu. Sentiasa beli rumah dahulu br kereta.

  42. Ebook Panduan CashFlow

    […] membeli kereta dengan bijak (Ingat lagi artikel berikut – Membeli kereta Barangkali Tindakan yang Paling Bodoh […]

  43. Anas

    Jangan terlalu kondem org yg beli kete. Kalau naik moto, risiko eksiden tinggi. Kenapa kita jarang tgk kaum cina naik moto pg KL? Sbb mentaliti diorg. Naik kereta sebagai ‘investment’ juga, Nak save bape ratus sebulan je. Klu eksiden gol terus xpe, Klu lumpuh ke, xleh buat keje ke, kn dh jd liabiliti kat org lain? Klu beli insurans xpe. klu yg xbeli?

    Mesti korg akan ckp, eleh naik kete pn boleh eksiden. Tapi risiko kurg. Naik kete langgr bontot kete org bape ratus je melayang, Klu naik moto langgar? terus gol.

    Sedikit pendapat.

  44. MET

    tu ayat pakdi kata BARANGKALI tindakan yang bodoh. janganlah cepat sangat melatah. bukannya terus bodoh sokmo sapa yang beli kereta…sebab ada cara untuk memiliki kereta/wat ever dengan cara yang lebih bijak…bagaimana kalau pakdi ada cara untuk mendapatkan sebuah kereta secara percuma/tanpa perlu mengeluarkan duit poket hasil kerja jam 8am-5pm tiap2 hari anda??.tak ke itu bijak???kenapa tak bertanya…malahan terus kondem/mempertahankan tindakan yang anda rasa wajib betul…

    keperluan setiap orang memang berbeza. yang penting mempunyai kenderaan/pengangkutan dan ianya tak semestinya kereta kegemaran anda (yang kebanyakkan orang sekarang buat)..ade orang tak perlu kereta pun…tapi perlu van untuk keperluan bisnes dan dijadikan pengangkutan harian..dll.

    ade geng kata orang cina jarang naik moto..ada betul juga. tapi tahu ke kebayakkan daripada diorang beli cash bukan loan 9 tahun.(cer tanya pakdi camna nak beli kereta idaman cash)..pakai kereta kalau dapat maximum 5 tahun then tukar (major problem/maintenance kereta biasa after 5 years)..tapi yang ketara kenapa diorang mampu sebab ekonomi dari dulu sapa pegang beb. nak compare dengan kita yang makan gaji????then kita nak ikut life style diorang??fuhhhhh…

    kesimpulannya sebelum lebih panjang. its not about perlu ke tak kereta dalam hidupan harian anda..its about tindakan yang dibuat tu lebih bijok ke atau _ _ _ _ _(kang marah).
    anda lah yang menentukan paling bodoh camna..bodoh..kurang bijak..bijak..paling bijak…dalam tindakan anda.

    orite bebeh…

    1. kinna

      terase sebab masa beli tu rasa cam pandai dah..tetiba pakdi kate beli keta bodoh…huaaaaaa

  45. 2bz4money

    Tindakan bodoh beli keta tu bukanlah sekadar kenyataan shj, malah merupakan peringatan terutamanya buat bakal pembeli keta dan graduan baru. Bagi yg masih ‘tak sedar’ mereka akan dikejutkan apabila mengalami masalah kewangan yg kritikal. Kalu hanya suka cantiknya keta tu, eloklah beli gambo posternya saja; bagi menangani rasa kemaruk nak berketa. Sampai ada sorang mamat omputih tu, melukis gambo keta ferari mewah kat dinding garajnya. Kurang2nya dia x perlu byr roadtax/insuran/maintainance dan petrol. Kalu rasa nak tambah assesori, just lukis je kat mana yg patut; kepuasannya tersendiri. Tapi ada jugak yg terpengaruh beli keta semata2 tercabar dan menunjuk2 atas kepuasan org lain; langsung x sedar diri bhw tiada beban batu digalas. Kesian2, menambahkan lagi statistik tertinggi golongan muflis sebab hutang keta. Kat housing area aku ni, bersepah2 rumah yg peram MPV weekend ‘just to show off’. Aku pun berlagak juga dgn 2 biji keta yg dah habihhh byr; maintain servis jer bulan2. Walaupun keta aku kecik, 2ndhand, hodoh, takder accessori power..yg penting selamat dan aman; tak mcm org keta baru/mahal/mewah yg dok risau keta kena curi/samun ataupun calar..

    1. kinna

      seb baik la umah aku apartment…so tatau jiran mana yg pakai keta besar, jiran mana yang pakai keta kecik mpv sume sbb sume parking kat parking lot…takde istilah show-off

  46. nasz

    salam..
    kereta boleh menjadi satu liabiliti yg boleh menyebabkan msalah kewangan yg teruk..
    namun, pernahkah kita terfikir? ianya adalah sesuatu aset jika kita pandai menggunakan,membeli, dan membuat pilihan yg bijak.
    selain itu, risiko kemalangan jiwa pun berkurang.

    saya merupakan seorang Perunding Hartanah di shah alam..
    dulu sy pakai kancil mase belajar..
    mmg org byk tnye n ckp pakai kete mmg pakai duit yg byk n membazir n mcm2 la..
    tp, sy bukan anak org kaya pun..
    seperti kereta lain, kereta sya jugak plukan servis minyak n roadtax dan mcm2 lg..
    sy pulak x pakai loan ptptn..
    so, sy guna kelebihan yg sya ada utk bekerja..
    dgn cara itu sy melakukan kerja part time smbil belajar..
    kalau difikirkan, kalau sy pakai moto msti lg byk duit yg mampu saya simpan setiap bulan..tp, apa yg sy nak sampaikan kat sini ialah, bila kita mempunyai sesuatu(kereta/tanggungjawab) utk menolak/memaksa kita utk buat sesuatu lebih baik itu bagus berbanding menyenangkan hati kita dgn menyatakan “its okay pakai biasa2 je,at least aku x payah pikir nk cri duit lebih nk byr itu ini stiap bulan”.. Automatik menukar mindset kita menjadi seorang yg malas utk berusaha dan end up, JEALOUS dgn kejayaan org lain..bg saya, berkereta lebih baik daripada bermotosikal..lgpun,bila emergency xkan nak harapkan org lain kann..

    – saje je share pendapat,hope korg semua faham mesej tu,.

  47. Lantoi

    sambung cerita profile tu…tapi bukanlah cerita saya sendiri tapi saya hampir menepati cerita tu, masih pakai kancil, keta kedua sekadar myvi 2ndhand , rumah 3, dan saving lebih kurang 130k, isteri tak keje..(bukan utk bebangga sekadar berkongsi pengalaman dan saya yakin diluar sana beribu yg bagus-bagus) cuma kalau graduan baru grad tak mementingkan jenama keta InsyaAllah bolehlah mudah idup nanti. tak kaya tapi dah plan awal-awal. gadget? memang saya tak layanlah….so org muda-muda tu pilihan ditangan anda keta mantop dan akhirnye pocket anda kurang mantop tapi pocket mantop tapi keta biasa-biasa jer.. oppps tapi satu yg saya pegang bila sampai masa (saya pun tengah cuba doakan saya berjaya) bila umah dah abis bayar (yg pertama) keta pun dah abis, saving cash aderlah dalam 200k solid…utg kad kredit hampir zero (kalau bawah rm1k boleh diterima) maka ketika tu belilah keta yg elok sikit utk kepuasan diri…..amacam ok tak. (jgn asyik simpan sampai keinginan langsung tak diterjemahkan…..

  48. Pakdi

    Tuan Faizul Ridzuan telah mempunyai 23 hartanah dalam sebelum usia 30 tahun.

    Antara faktor utama kejayaan beliau tersebut adalah, TIDAK membeli kereta walaupun mempunyai gaji dalam RM 3,000 dan tambahan cashflow bulanan sebanyak RM 1,200.

    Ya, beliau memilih untuk pergi kerja naik skuter, berpanas dan berhujan untuk mencapai matlamat kewangan beliau.

    Dapat buku beliau WTF? 23 Properties by 30 atau baca reviu saya mengenai buku tersebut di:

    http://www.pakdi.net/wtf-23-properties-by-30-buku-pelaburan-hartanah-faizul-ridzuan/

  49. mad naim

    emm..boleh mintak link camner nak membeli kereta?? teknik2 membeli kereta??

  50. ahmad

    Aku masuk kerja gaji 1710 (ape punya kompeni ada bgi lebih RM10). Pastu beli keta murah murah je lepas 3 tahun kerja..masa tu gaji 2,300 gamaknya (tak ingat)…kereta tu kete wira baru 30k (mahal sebenarnya tu, d0wnpayment letak banyak sket, waktu tu bodoh sikit bab bab kewangan). Tp terpaksa le aku beli keta yang munasabah sikit sebab keperluan kerja (wakil office nak jumpe orang besar besar) . Keta tu tak hebat mana sekadar munasabh.Cuma mungkin aku g belajor finance, terbuka minda untuk berjimat. Aku maintain je keta tu walaupun gaji aku bertambah setiap tahun. La ni gaji aku dah 11K … kete yang aku beli 11 tahun yang lepas masih aku pakai..hahahhah sebab aku anggap tu lah keta second hand aku… Dan itulah the only car i have. Aku bebas hutang keta…Seronok 500 hingit save. Aku tak ada keta jalan jalan. Keta jalan jalan aku pakai keta bini aku. Bini aku nak g kerja takkan nak naik moto, nak hantar budak lagi. Anak dah nak 4, bini aku suruh beli keta besor sikit. Aku cakap samada aku beli keta exora 2nd hand (yang murah) atau kita sewa alphard bila nak balik kg..hahaha still jimat. Itu pun dengan syarat keta dia dijual supaya hanya ada 1 keta je nak dibayor…Kalau keta rosak setahun 2 kali pun aku masih sengeh, sebab kalau rosak rosak sampai 500 pon boleh ditampung, penjimatan sebab tak bayor keta setiap bulan. La ni tak perlu jumpa orang, so aku maintain je la keta tu… bersederhana sahaja. Kawan kawan aku suruh beli wish la, estima la, honda la dan etc. Aku cakap, yang nak bayor aku, kalau orang puji aku terrer “ada ketea besor” pun bukan dia nak bayorkan…Aku setuju membeli keta mengikut “kemahuan” adalah tindakan bodoh. Untungnya aku disebabkan aku tak ada hutang keta, aku dapat la beli rumah yang molek sikit sebab slip gaji aku clean. Kad credit pun barang RM 200 sebulan..ape yang boleh dijimatkan kita jimatkan… simpan la mana mana yang patut..ini bukan nak bermegah tetapi sekdar perkongsian. Sebab ada orang baru gaji 3K dah menggelupor sibuk nak beli keta yang mahal mahal eg 50k, walhal bayaran bulanannya tinggi dan membebankan. Aku gaji 11k masih lagi naik keta wira tahun 2001.. nak kena buat maintenance sikit, tp still lagi jimat daripada beli keta baru…

    1. eezone

      wah terbaik la en ahmad…strong financial standing tu…

      respeks…

      1. sam

        memang klu beli kereta tu. orang cakap macam beli besi buruk.dulu saya ade kereta baik engin,wirering,aesosori dan body saya buat sendiri.nak jimat minyak kereta,saya buat penjimat minyak kereta.kelebihan saya bukan pada kereta saja tapi pada peralatan eletronik dan eletrik,baik dari laptop yg saya pakai sekarang semuanya saya repair sendiri, itulah kelebihan yang tuhan anugerahkan pada saya.baru2 ni saya kemalangan kereta.syukur saya dan keluarga saya selamat,tapi kereta saya scrap[totallost]. saya dapat claim insuran,saya cari kereta murah klu boleh proton wira sbb dulu saya dah pakai iswara.tapi harganya lebih dari harga claim insuran.sekarang kereta lama claim insuran rm10.000ribu saja. tapi ade kereta wira tahun[1996] tu harga sampai rm14.000ribu,macammane tu………………………

  51. aduka

    saya setuju dengan pandangan pakdi yang tindakan membeli kerta barangkali merupakan tindakan yang bodoh.. pakdi hanya menyebut barangkali.. bagi mereka yang mempunyai ilmu kewangan, mungkin sudah faham akan maksud pak di itu.. kita membeli kereta sepatutnya dengan mengukur kemampuan cash yang kita ada. Jangan membeli kereta tanpa membuat taksiran terlebih dahulu bebanan perbelanjaan yang akan ditangung selepas pembelian kerata itu. Yang pertamanya kita kena asingkan perbelanjaan untuk diri kita, sebaiknya separuh daripada gaji (1/2) dimana setengah gaji ini merangkumi simpanan dan perbelanjaan harian. 1/2 lagi yang perlu dibelanjakan untuk benda lain. Seharusnya kita kena fikir tempat perlindungan terlebih dahulu. maksudnya rumah, ini kerana rumah dimalaysia naik 7~10% setahun. Jika kita lambat untuk membeli maka kita kena menanggung kos kenaikan tahunan tadi, oleh itu kita perlu memberi penekanan untuk membeli rumah, walaupun rumah itu sebuah apartment/flat, ia adalah aset kita sendiri dan nilai rumah tersebut akan naik 7% setahun. Dan lebihan daripada rumah tadi bolehlah digunakan untuk membuat hutang yang lain. Kenderaan penting tetapi nilainya akan susut saban tahun mungkin 5-10%. Bodohlak kita akalu menggunakan separuh daripada gaji hanya untuk membeli liabili yang langsung tidak membantu untuk meningkatkan aset kita malah susut saban tahun. Walaupun bagi kita ia cukup berbaloi untuk memudahkan kita pergi sana sini dan melindungi keselamatan di jalan raya, namun pilihan kenderaan yang tidak tepat tadi akhirnya menyebabkan anda mendapat kesusahan di kemudian hari. Contohnya apabila anda membeli sebuah kereta honda yang berharga lebih 80 ribi dan membuat perjanjian dengan bank selama 9 tahun dimana anda membuat pembayaran hampir 900 sebulan. Dan gaji anda pada waktu itu hanyalah sekita 2000, maka anda tidak boleh membuat pinjaman lagi. maka anda tidak layak untuk membeli rumah selama 6 ke 9 tahun, (ambil faktor sampai kereta habis bayar dan kenaikan gaji), dan seperti yang saya cakap rumah akan naik 7% setahun dan setelah 6 tahun rumnah itu akan meningkat harganya sebanya 42%. So bagaimana anda ingin menyediakn wang untuk membeli rumah pada masa itu. Dengan keadaan inflasi yang meningkat menyebabkan harga barang dan minyak meningkat. Kereta yang kita punyai pada waktu itu susut nilainya, nak gadai pun tak memberi pulangan yang tingi. kemungkinan kerata selepas 9 tahun dah reba dan perlu diganti.. so sebab itulah pemilihan yang salah ketika membeli kereta barangkali merupakan tindakan yang bodoh.. jadi fikir2 lah sebelum membeli kereta.

    1. Mchess

      Saya setuju dengan pernggunaan perkataan barangkali. Bagi saya kereta adalah aset. Tidak bersetuju? Saya adalah seorang pemandu teksi. Maka keta saya adalah aset. Kereta saya digunakan untuk menambah nilai dalam hidup saya. Sebarang alat yang digunakan untuk menambah nilai adalah aset…

      Begitu juga dengan sebahagian orang Malaysia yang lain. Kereta digunakan untuk mencari rezeki. Kereta adalah satu liabiliti bukan nyer selalu tepat. Kalu bot mewah itu betul. Itu memang satu liabiliti.

  52. paklang

    Tapi.. Kadang2 kereta idaman ni boleh dijadikan sebagai pembakar semangat hehe

  53. titan

    setuju. dah beli. jangan banyak bunyi aa. haha..bila harga minyak naik..salahkan itu..salahkan ini aje..haha

  54. omar

    Salam..
    apabila hutang kereta selama 9 tahun dah selesai, sudah tentu kereta tu lunyai. so berbaloi ke kalau overhaul balik enjin kereta tu? instead of beli kereta baru..utang lagi.. minta pendapat. terima kasih.

  55. sham

    salam.seronok juga baca pasal urus duit ni.saya mmg takde sgt rancang duit ni.lepas grad terus kawin dan beli kete.tak penah fikir cari duit atau kumpul aset ke apa ke tapi alhamdulillah skarang dah ada 3 kete dan sebiji rumah.dan dsr kami sekeluarga masih less 30% pada umur mid30s.my prinsip is just buat apa yg patut at that moment of time…

  56. Fahira Fauzi

    Alhamdulillah perkongsian Pakdi sangat membuka mata saya. Sekarang, saya sedang belajar jana pendapatan sampingan tanpa usik duit gaji untuk bayaran bulanan kereta. Insha allah

  57. farid

    Dulu saya anggap beli kereta akan menambah hutang. saya mmg asalnya seorang tkot menanggung risiko & sentiasa berfikir di dalam konteks & selepas baca buku robert kiyosaki saya mula fikir di luar konteks. saya cari ilmu yg saya anggap betul. Bkn sng nk ubah persepsi minda kita kalo dah biasa latih negatif. Sy bagi cadangan je ni mcm mana nk usaha fikir diluar konteks..Cara saya berfikir diluar konteks ialah dengan banyak membaca buku law of attraction, kemudian sy pn pelik gak lepas praktis, sy mula fikir sesuatu berkaitan bisnes. Then sy mula mencari buku kiyosaki, kemudian mula bertemu dengan org yg sy anggap guru la sng cite..mula2 self learning je, then saya banyak belajar dengan pakar kewangan underground, tp rasa x cukup lg. Ada je benda yg rasa sentiasa xcukup ilmu tu. In Shaa Allah akan laksanakan apa diajar step by step.

  58. Kerajaan Kena Berhenti Kawal Harga Kereta

    […] harga kereta murah mengikut harga pasaran, dan jika poket masih lagi bocor sebab nak bergaya pakai kereta tertentu, maka itu 100% salah diri […]

  59. Orang muda dan kereta | fadhliyansah

    […] adalah liabiliti. Banyak tips beli kereta untuk orang muda, paling utama, kita tidak disyorkan untuk beli kereta […]

  60. Mya

    Saya bersetuju dengan kenyataan ini dan mengalami beban akibat pembelian kereta. Saya beli kereta Vios selepas habis belajar dan separuh duit gaji hanya dibayar utk bulanan duit kereta. Saya langsung tidak mempunyai simpanan hinggakan kalau dapat simpan seratus pun rasa dh cukup banyak. Selepas 7 tahun saya jual kereta tersebut atas sebab2 tertentu dan hanya membeli myvi 2nd dengan tunai. Kini walapun hanya pegawai biasa, saya dapat menyimpan 50k dalam masa setahun saja ditambah tiada lagi hutang2 lain selain rumah. Jangan papa asal bergaya!

Comments are closed.