Apakah Benar Tuduhan Yang Mengatakan Perbankan Islam Itu Back Door Riba?

Pada satu hari Bilal r.a. membawakan Nabi (berselawatlah kamu) 1 sa’ (timbangan kurma) kurma yang berkualiti dan baginda pun bertanya sumber kurma tersebut.

Bilal pun menjawab, “Saya ada 2 sa’ kurma yang berkualiti rendah dan saya tukar dengan 1 sa’ kurma berkualiti ini.”

Lantas Baginda pun berkata, “Tidak! Ini adalah riba, jangan buat begitu. Kamu sepatutnya menjual dulu 2 sa’ kurma berkualiti rendah dan hasil jualannya barulah digunakan untuk membeli kurma yang berkualiti tinggi.”

Kisah ini dicatatkan oleh Imam Muslim & Ahmad.
.

Antara pengajaran yang dapat dipelajari ialah:

1. Hadis ini menunjukkan adanya riba dalam pertukaran barang ribawi.

2. Maka, untuk keluar dari riba, Nabi Muhammad (berselawatlah kamu) pun menunjukkan caranya.  Kalau tidak ada tunai …

  • Jual aset dulu untuk dapat wang tunai
  • Dapat wang tunai baru dibelanjakan.

3. Secara logik akal apakah beza transaksi pertama (yang riba itu) dengan kaedah yang Nabi Muhammad (berselawatlah kamu) suruh buat? Kesan akhirnya sama, iaitu Baginda tetap dapat menikmati 1 sa’ kurma berkualiti.

4. Namun dalam hukum Islam bukan logik datang dulu, tetapi autoriti Quran dan Sunnah.

5. Seterusnya, apakah kezaliman yang dapat kita nampak dari perbuatan Sayyidina Bilal tersebut ? Kan orang selalu berhujah, riba itu zalim.

6. Jadi, hadis ini dapat menjawab tuduhan yang menyatakan bank-bank Islam buat back-door riba. Maklumlah orang kata nak “meminjam” di bank Islam berbelit-belit, pusing sana pusing sini.

7. Maka, kita perlu faham, bank-bank Islam dan pelanggannya kena membuat jual-beli sesuatu aset terlebih dahulu untuk mendapatkan sejumlah duit tunai dan bukannya terus bagi pinjam duit seperti bank konvensional. Walaupun kesan akhirnya sama, iaitu pelanggan akhirnya mempunyai hutang.


Melabur Secara Advisory

Ada 3 kategori pelabur. (1) Pelabur do-it-yourself (DIY), iaitu pelabur yang nak kawal 100% portfolio pelaburan sendiri (2) Pelabur yang delegate 100% kepada profesional (3) Pelabur yang nak buat informed decision. Sila tonton video penerangan ini untuk mengetahui lebih perbezaannya:

4 comments

  1. Pinjam vs Hutang

    […] Bank Islam Back-Door Riba? […]

Comments are closed.