“Pakdi, bagus tak melabur dengan Public Mutual?”
“Kalau unit trust CWA (kini dikenali sebagai Principal), bagus tak?”
Ini adalah soalan biasa yang diterima bila sebut pasal unit trust. Orang akan tanya pasal syarikat dan bukannya dana. Public Mutual sebagai contoh adalah nama syarikat. Antara syarikat lain ialah:
- Aberdeen Standard Islamic Investments (Malaysia) Sdn. Bhd.
- Affin Hwang Asset Management Berhad
- Aiiman Asset Management Sdn Bhd
- Amanah Mutual Berhad
- Amanah Saham Nasional Berhad
- Amanah Saham Sarawak Berhad
- Amanahraya Investment Management Sdn Bhd
- Amfunds Management Berhad
- Apex Investment Services Berhad
- Areca Capital Sdn Bhd
- BIMB Investment Management Berhad
- Eastspring Investments Berhad
- Franklin Templeton Gsc Asset Management Sdn. Bhd.
- Hong Leong Asset Management Bhd
- Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd
- KAF Investment Funds Berhad
- Kedah Islamic Asset Management Berhad
- Kenanga Investors Berhad
- Libra Invest Berhad
- Manulife Asset Management Services Berhad
- Maybank Asset Management Sdn Bhd
- MIDF Amanah Asset Management Berhad
- Muamalat Invest Sdn Bhd
- Nomura Islamic Asset Management Sdn. Bhd.
- Opus Asset Management Sdn Bhd
- Pacific Mutual Fund Bhd
- Pengurusan Kumipa Berhad
- Permodalan Bsn Berhad
- Pheim Unit Trusts Berhad
- Phillip Mutual Berhad
- PMB Investment Berhad
- Principal Asset Management Berhad
- PTB Unit Trust Berhad
- Public Mutual Berhad
- RHB Asset Management Sdn Bhd
- RHB Islamic International Asset Management Berhad
- Saham Sabah Berhad
- Saturna Sdn Bhd
- TA Investment Management Berhad
- UOB Asset Management (Malaysia) Berhad
Kita tak melabur dalam syarikat.
Sebaliknya kita melabur dalam dana-dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut.
Jadi untuk menjawab soalan macam tu, susah nak jawab. Sebab jika soalan pasal nak tengok prestasi dana ok lah. hi hi hi.
Unit trust adalah satu bentuk collective investment scheme yang membolehkan sekumpulan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan modal mereka supaya dapat dilaburkan dalam sesuatu portfolio pelaburan.
Pelaburan unit trust diuruskan oleh unit trust management company dan dapat dilaburkan dalam aset-aset seperti:
- Ekuiti
- Bond / sukuk
- Tunai
- Hartanah
- Komoditi
Kelebihan Unit Trust
Unit trust popular disebabkan kos mampu milik. Jadi majoriti dari rakyat Malaysia mampu melabur dalam unit trust. Seterusnya dengan modal yang kecil, pelabur dapat membuat diversification dan tak perlu risau tentang masalah nak jual semula unit pelaburan sebab unit trust sangat liquid.
Walaupun modal tak besar, pelabur juga dalam melabur dalam pelbagai jenis pelaburan. Dan yang paling utama pelabur dapat memanfaatkan khidmat profesional dalam unit trust management company.
Sebagai pelabur adalah penting untuk mengetahui apakah jenis unit trust yang dibeli:
1. Unit Trust Kategori Ekuiti
Merujuk kepada unit trust yang majoriti duit pelabur dilaburkan dalam pasaran saham. Ada pelbagai variasi unit trust ini antaranya pelaburan dibuat dalam:
- Saham-saham mewah (blue chip) sahaja
- Saham syarikat bersaiz kecil dan sederhana (medium to small cap) sahaja
- Saham index constituents
- Pasaran saham- di luar negara
Lazimnya pelaburan dalam unit trust jenis ekuiti berpotensi memberikan pulangan pelaburan yang paling tinggi dibandingkan dengan kategori unit trust yang lain.
Pelabur unit trust ekuiti mestilah bersedia mengambil lebih risiko, mempunyai risk profile yang agresif dan sanggup menghadapi volatility pasaran.
2. Unit Trust Jenis Fixed Income
Unit trust yang membeli bon atau bon patuh Shariah (sukuk). Bon / sukuk merupakan instrumen IOU yang dikeluarkan oleh kerajaan atau syarikat. Bon / sukuk yang dikeluarkan oleh syarikat disebut sebagai corporate bond / sukuk.
Pemegang bon beri duit kepada syarikat / kerajaan yang mengeluarkan bon tersebut dalam bentuk ‘hutang’. Maka ‘hutang’ itu pun dibayar balik ikut jadual yang tetap.
Tujuan penerbitan bon adalah sama dengan penerbitan saham iaitu bertujuan untuk mendapatkan modal. Perbezaannya pemegang saham tidak mendapat apa-apa jaminan pendapatan. Manakala pemegang bon pula mendapat pendapatan tetap.
Pelabur unit trust fixed income kebiasaannya adalah individu risk profile dari sederhana ke rendah.
3. Unit Trust Jenis ‘Balanced’
Unit trust ini adalah gabungan antara ekuiti + fixed income.
Maksudnya, sebahagian modal berpeluang mendapat pulangan dari ekuiti dan sebahagian modal pula mendapat pulangan dari bon / sukuk.
Pelabur unit trust balanced kebiasaannya adalah individu yang mempunyai risk profile yang sederhana.
4. Unit Trust Jenis Money Market
Money market adalah instrumen kewangan jangka masa pendek.
Unit trust money market yang Shariah compliant membuat placement antaranya menerusi:
- Commodity murabahah (tawarruq)
- Mudarabah Investment Account
- Wakalah Investment
- al-Mudarabah Interbank Investment
- Government Investment Issue
- Cagamas Mudarabah Bonds
- Islamic Accepted Bills
Antara kelebihan money market fund ialah:
- Risiko yang sangat rendah
- Berpotensi memperoleh return lebih tinggi dari Fixed Deposit yang ditawarkan bank
- Pembayaran keuntungan secara bulanan
- Tax exempted (untuk syarikat)
Berikut ialah nota berkaitan unit trust yang telah disediakan:
Memulakan Pelaburan Unit Trust
Bagaimana untuk mula melabur dengan lebih bijak
5 Cara Membuat Pembelian Unit Trust
Ada lima channel distribution yang perlu pelabur tahu. Pilih yang sesuai dengan kita.
Saham dan Unit Trust; Apa Bezanya?
Membetulkan persepsi salah yang banyak ditaburkan kepada pelabur. Macam saham untuk short term, unit trust untuk long term.
Cara Kira Sales Charge
Unit trust menggunakan nilai aset bersih atau net asset value (NAV) sebagai rujukan.