(Nota editor) Artikel ini diambil dari sebuah laman blog – oskortos dengan keizinan penulis asal.
Semoga dapat menjawab persoalan para pembaca yang budiman yang mahu tahu apa itu GST. Sebarang persoalan, untuk mendapat respons yang lebih cepat sila terus ajukan kepada penulis asal ya.
Jika pembaca lain ada nak menyumbang artikel tambahan pun dialu-alukan.
—
GST
Oleh: Norman
Dengar saja tentang GST perkara pertama yang akan terlintas di kepala kita sudah pastilah tentang kenaikan harga barang disebabkan cukai yang dikenakan kerajaan. Memandangkan pada PRU13, BN kekal dipilih sebagai kerajaan pelaksanaan GST mungkin akan terjadi dalam tempoh masa setahun atau dua tahun daripada sekarang. Walaubagaimanapun sebagai rakyat yang matang kita haruslah memahami sesuatu isu tersebut sebelum kita membangkang apa sahaja dasar yang dibawa kerajaan.
Setelah menerima maklumbalas daripada laman media sosial Twitter dan FB saya simpulkan ramai yang sebenarnya tidak faham tentang apa itu sebenarnya GST, bagaimana GST dilaksanakan dan juga kesan GST terhadap harga barang dan perkhidmatan. Saya tidak menyalahkan kawan-kawan semua kerana kerajaan juga tersilap langkah apabila penerangan tentang GST tidak dibuat secara menyeluruh malah peluang menerangkan GST melalui media perdana seperti suratkhabar, tv & radio disia-siakan kerajaan apabila ia hanya digunakan untuk menghentam pembangkang, menabur fitnah dan terbaru membangkitkan semangat perkauman. Sebelum membaca artikel ini saya minta kawan-kawan tinggalkan politik partisan, buka mata dan hati supaya kita faham apa itu sebenarnya GST.
CUKAI DI MALAYSIA
Terdapat dua jenis cukai utama yang dikenakan kepada rakyat Malaysia yang pertama cukai pendapatan (income tax) dan yang kedua cukai penggunaan (consumption tax). Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan keatas segala pendapatan termasuk gaji, bonus, hadiah, komisen, dividen dan sebagainya. Manakala cukai penggunaan dikenakan keatas barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang kita gunakan. GST terletak dibawah kategori cukai penggunaan (consumption tax).
APA ITU GST DAN SST?
GST adalah ‘Goods and Services Tax’ atau cukai barangan dan perkhidmatan. Selama ini kita rakyat Malaysia membayar SST iaitu ‘Sales tax and Service tax’ atau cukai jualan dan cukai perkhidmatan. SST kebiasaannya dikenakan ke atas bil telekomunikasi, internet, ASTRO, tiket wayang, tiket parking, barangan di supermarket, KFC, McD, Pizza pada kadar 6% untuk cukai perkhidmatan (service tax) dan 10% untuk cukai jualan (sales tax). Anda boleh merujuk bil atau resit setiap kali anda membuat bayaran bil telefon, ASTRO, selepas membeli belah di Tesco, Jusco, Giant dan sebagainya semuanya ada tertera jumlah dan peratusan SST yang dibayar.
GST yang dicadangkan kerajaan Malaysia pada tahun 2009 adalah pada kadar 4% menjadikannya lebih rendah daripada SST pada kadar 6%-10%. Jadi apa bezanya GST dan SST? Pelaksanaan GST merangkumi segala jenis barangan dan perkhidmatan yang ada di Malaysia termasuk barangan yang diimport mahupun yang dibuat dibuat di Malaysia. GST akan mengenakan cukai pada setiap lapisan peringkat bekalan barangan dan perkhidmatan contohnya dari pengilang (manufacturer), pemborong (wholesaler), peruncit/kedai (retailer) hinggalah kepada pengguna (end-customer). Cukai GST ini akan dikutip setiap kali transaksi berlaku dan penjual akan mengutip cukai daripada pembeli mengikut rantaian bekalan tadi. Walaubagaimanapun 4% itu adalah kadar tetap dan tiada cukai berganda (multiple taxes). SST pula kebiasaannya dikenakan kepada pelanggan yang membeli barangan daripada kedai/peruncit dan terdedah kepada cukai berganda. Pelaksanaan SST juga tidak menyeluruh menjadikan ia tidak saksama.
PELAKSANAAN GST
Idea melaksanakan GST ini mula dibincangkan pada tahun 2007 dan pada mulanya dijadualkan untuk dilaksana pada tahun 2009 kemudiannya ditangguh atas sebab pilihanraya dan juga atas sebab kurangnya pemahaman tentang GST dikalangan rakyat Malaysia. Kemudiannya rang undang-undang GST dibaca diparlimen buat kali pertama pada tahun 2009 dan dijadualkan dibaca untuk kali kedua pada 2010 namun ia ditangguhkan juga atas sebab-sebab yang sama.
Anda boleh merujuk keratan berita dari Berita Harian tentang jadual bacaan rang undang-undang GST di sini:
GST yang dicadangkan kerajaan adalah pada kadar rata 4% untuk SETIAP barangan dan perkhidmatan WALAUBAGAIMANAPUN kerajaan akan mengecualikan GST ke atas barangan seperti makanan asas beras, gula, tepung, pengangkutan awam seperti tiket bas, komuter, LRT dan juga barangan seperti ubat-ubatan dan sebagainya. Dengan pengecualian ini kesan kenaikan harga ke atas barangan dan perkhidmatan asas adalah minima (atau tiada). Perkara ini ada dinyatakan di laman web Kastam DiRaja Malaysia tentang GST:
KEPERLUAN MELAKSANAKAN GST
GST perlu dilaksanakan untuk meluaskan kadar kenaan cukai kepada semua individu dan perniagaan di Malaysia lalu menambah pendapatan kerajaan secara tidak langsung. GST juga akan menutup kelemahan pengurusan cukai SST seperti cukai berganda, lari daripada cukai (tax evasion) dan sebagainya. Untuk pengetahuan kawan-kawan daripada jumlah penduduk (populasi) seramai 28 juta di Malaysia kurang daripada 10% membayar cukai pendapatan manakala daripada keseluruhan tenaga buruh (workforce) seramai 11 juta di Malaysia peratusan yang membayar cukai pendapatan (income tax) adalah lebih kurang 25%. Rujuk taksiran pembayar cukai bermastautin daripada perangkaan tahunan negara:
Bermakna mereka yang membayar cukai pendapatan adalah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang menerima manfaat daripada kerajaan seperti BR1M, BB1M dan segala bentuk jenis subsidi yang lain. GST akan menjadikan setiap lapisan masyarakat sama ada miskin, sederhana atau kaya membayar cukai untuk menyumbang kepada pendapatan kerajaan.
GST TIDAK ADIL KEPADA ORANG MISKIN?
GST nampak tidak adil kepada mereka yang berpendapatan rendah kerana mereka terpaksa membayar cukai pada kadar yang sama seperti mereka yang berpendapatan tinggi. Oleh sebab itu kerajaan disamping melaksanakan GST perlu memperkenalkan pakej atau program seperti bayaran tunai atau rebat kepada mereka yang berpendapatan rendah. Program sekarang seperti BR1M boleh dijadikan contoh tetapi pelaksanaannya perlulah teliti dan lebih sistematik agar bayaran tunai untuk menangani kos GST tidak tiris dan terdedah kepada penyelewengan (contohnya: orang yang tidak layak juga terima BR1M).
Konsep cukai penggunaan (consumption tax) seperti GST adalah semakin banyak anda membeli barang atau menggunakan perkhidmatan semakin banyak cukai yang dibayar. Bermakna anda boleh mengawal perbelanjaan anda secara berhemah dan berjimat. Mereka yang berpendapatan tinggi akan membayar cukai lebih tinggi apabila mereka berbelanja lebih berbanding mereka yang berpendapatan rendah hanya akan berbelanja mengikut kemampuan mereka. Program bantuan tunai daripada kerajaan akan mengurang kesan GST kepada mereka yang berpendapatan rendah.
KESAN GST
GST jika dilaksanakan seperti di negara lain contohnya Singapura, apabila GST dilaksanakan kadar cukai pendapatan (income tax) akan dikurangkan secara berperingkat. Ini akan memberi kesan positif kepada pembayar cukai pendapatan di mana mereka akan ada lebih pendapatan boleh guna (disposable income) untuk dibelanja atau disimpan. Walaubagaimanapun kerajaan Malaysia masih belum bercadang untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan, mungkin ia akan dimaklumkan kemudian hari. GST juga secara tidak langsung akan menggalakkan rakyat menyimpan untuk pelaburan dan berbelanja secara berhemah dan jika perlu sahaja.
Mengenai kerisauan dikalangan kita bahawa GST akan meningkatkan harga barangan, memang ia tak dapat dinafikan yang ada sesetengah barangan akan naik harga TETAPI ada juga barangan yang akan turun harga setelah kadar GST 4% ini dilaksanakan kerana sebelum ini SST 6-10% dikenakan maka ada penguranagan kadar cukai disitu. Harga KFC, tiket wayang, bil telco akan berkurang sedikit manakala barangan yang tidak dikenakan cukai SST sebelum ini seperti barangan elektrik, komputer dan sebagainya akan meningkat sedikit. Kita perlu perbetulkan pemahaman dan salahfaham mengenai konsep GST sebelum menganggap ia semata-mata akan menaikkan harga barang.
Kerajaan juga akan membentuk jawatan kuasa yang memantau serta mengawal kadar kenaikan harga barang agar kenaikan harga barang tidak mendadak dan peniaga tidak akan mengutip untung berlebihan:
SALAH FAHAM KEBELAKANGAN INI
Kebelakangan ini tersebar tentang ‘GST’ telah dilaksanakan melalui penyebaran gambar ini:
GST yang dimaksudkan diatas adalah ‘government service tax‘ pada kadar 6% dan bukannya Goods and Services Tax pada kadar 4% yang dicadangkan. Sepatutnya Tesco Extra menulisnya sebagai SST atau Service Tax dan bukannya GST untuk mengelakkan kekeliruan seperti diatas. GST 4% akan menggantikan cukai perkhdimatan 6% ini.Cukai perkhidmatan diatas sebelum 2011 adalah pada kadar 5% kemudiannya dinaikkan kepada 6% berkuatkuasa 1 Januari 2011.
Rujuk: Info untuk umum – Cukai Perkhidmatan
PENDAPAT PERIBADI
Di atas saya telah menerangkan konsep, pelaksanaan dan kesan GST kepada kita semua. Jika anda bertanya kepada saya secara peribadi, saya menyokong pelaksanaan GST ini dengan syarat kerajaan meningkatkan kecekapan pengurusan jabatan-jabatan yang terlibat, pemantauan teliti untuk mengelakkan pengguna ditekan atau ditipu peniaga dan penerangan yang lebih jelas kepada rakyat keseluruhannya. Kerajaan juga perlu memperkenalkan pakej atau program yang lebih mampan untuk menangani kesan GST kepada golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar. Pelaksanaan GST tidak boleh dilaksanakan dengan terburu-buru dan perlu diadakan tempoh percubaan (trial period) sepertimana ia dijalankan di negara lain. Disamping itu kerajaan juga sepatutnya menurunkan cukai pendapatan dan juga meningkatkan pendapatan seisi rumah untuk menangani kesan langsung daripada GST.
KESIMPULAN
Saya seorang individu yang pro-Pakatan Rakyat sebenarnya berkongsi kerisauan dengan kawan-kawan tentang cara kerajaan membelanjakan wang cukai yang dikutip. Lihat sahaja berbillion ringgit bocor, tiris dan dibazirkan setiap tahun seperti mana yang digambarkan didalam laporan ketua audit negara. Ini sahaja kerisauan kita bukan? GST adalah dasar yang baik tetapi bolehkah kerajaan dibawah BN membelanjakan wang kita dengan baik dan adakah rakyat akan mendapat faedah ke atas cukai yang dibayar nanti?
Didalam tempoh 5 tahun ini suka atau tidak GST tetap akan dilaksanakan. Bezanya kita sebagai rakyat perlulah memahami konsep GST itu sebelum kita membangkang membuta tuli tanpa fakta dan asas. Nak jadi pembangkang jadi pembangkang yang bijak, mahu jadi macai jadi macai yang cerdik. Harga barang naik atau mahal bukan disebabkan cukai, ia disebabkan monopoli dimana bekalan atau supply barangan dipegang oleh orang-orang tertentu sahaja. Ini yang patut kita tentang dan bangkang. Beras dan gula semuanya dipegang orang yang sama. Jadi mari sama-sama kita tolak monopoli dan favoritisme oleh kerajaan kepada tokey-tokey tertentu. Buka pasaran untuk persaingan sihat supaya akhirnya kita berada dalam situasi menang-menang. Rakyat untung, peniaga untung.
Tambahan: Sesetengah restoran atau perkhidmatan mengenakan service charge 10% yang mana kutipan ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Jika GST dilaksanakan service charge ini mungkin kekal. Ada beza service charge dan service TAX.
p/s:
1. Dah habis baca artikel saya sebarkan pada kawan-kawan di Facebook, di pejabat, kepada keluarga dirumah.
2. Jangan merungut sangat, siapa suruh undi BN? 😛
3. Sebarang soalan boleh diajukan di ruangan komen atau di Twitter saya.
4. Bacaan lanjut tentang GST oleh Kastam: http://gst.customs.gov.my/ms/Pages/default.aspx
5. Bacaan rang undang-undang GST jika anda rajin membaca: http://gst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/gst_bill/gst%20act%20bill.pdf
Disclaimer: Artikel ini bukan ditulis untuk menyokong kerajaan. Ia hanya semata-mata untuk menerangkan beza SST dan GST dan juga pemahaman secara dasar tentang GST.
58 thoughts on “Apa Itu Goods & Services Tax (GST)?”
hehe diaorang sume mana suka baca sangat Pak Di … depa suka share benda yang sedap halwa telinga dan halwa mulut sahaja tanpa buat pengesahan … last last jadi viral … then kena “TROLL”..kena kencing hidup-hidup.. huhu
maaf pakdi . kalau minyak petrol . roti tu ? ia dari golongan cukai apa ? adakah harga naik disebabkan cukai GST dilaksanakan ?
barang-barang kawalan macam petrol yang terima subsidi dikecualikan daripada dikenakan GST. yang sekarang pun tak kena SST.
kalau roti dikenakan SST 6%, cukai jualan. lepas GST dilaksana cukai turun jadi 4%, mungkin harga roti turun sikit.
dasar gst cantik tp agen pelaksana tu kena perkemas sikit..lhdn lebih efektif berbanding kastam..kurang yakin dgn kastam ..heee sori
sebenarnya agensi terlibat macam Kastam dah bersedia untuk GST sejak 2009. cumanya kerajaan tak terangkan betul-betul GST pada rakyat. betul cakap saudara kena perkemaskan agensi terlibat dulu.
Part cadangan menurunkan cukai pendapatan tu saya setuju sangat333..! Tak pun naikkan pelepasan cukai untuk anak-anak. 🙂
macam di Singapore memang bila GST dilaksana, kadar cukai pendapatan diturunkan sekali. bila kadar GST dinaikkan je income tax rate dikurangkan. maknanya kita pembayar cukai bebas nak menyimpan atau berbelanja dengan duit lebihan daripada cukai pendapatan yang turun.
yang saya risau dalam akta GST, kerajaan tak cakap nak turunkan income tax rate sekali. mungkin belum dicadangkan lagi.
Salam semua kalau gst ni dilaksanakan bagi spread cukai lebih luas dan adil maka kita perlu ikut model di Singapura . Kerana gov mereka dah perkenalkan gst sejak 80an lagi. Dan mereka dah turunkan direct tax (lhdn punya cukailah kalau kt negara kita) dari 40% hingga skrg jadi 20%. (Kalau tak silap) Maka bn kenalah juga turunkan income tax. Jika gst 6% income tax pun kenalah turun 6% baru adil dan perbelanjaan boleh guna bagi pembayar cukai akan bertambah dan juga mana yng tak mau belanja tu bolehlah savings duit tu….. ini gomen nak impose itu dan ini tapi bab relief buat senyap beb…. pngkah membawa senang ke parah ni ….. lu pk sendirilah beb……
betul tu saudara, model GST di Singapore boleh jadi contoh. kali pertama GST dilaksanakan di Singapore ada tempoh percubaan beberapa tahun. pada masa yang sama cukai pendapatan turun. tapi kerajaan tak sebut pasal nak turunkan cukai pendapatan buat masa ni, itu menjadi concern saya juga.
satu je pelik, xhabis2 nk amik duit rakyat.. tapi bila mana rakyat mintak ketelusan dlm cara mereka jalan kan sistem mereka, semua dok diam kan diri.. tetapi contoh yg baik, adalah mcm kerajaan Selangor.. xpyh pown cukai2 apa bagai ni.. tp keuntungan mereka masih naik..
Itu baru betul cara menjaga ekonomi.. bkn jenis kikis, tapi aliran duit tu, haram kita tak tahu.. kalau ia menguntungkan negara, tak de masalah.. problem nya, yg depa amik skg ni pown, defisit makin meningkat..
http://econsmalaysia.blogspot.com/p/faq-on-malaysian-government-debt.html
mmg xberfikiran waras lah mereka yg menyatakan perlaksanaan cukai ini lebih penting dari cara kerajaan menjalankan urusan ekonomi..
Pengurusan yg baik = Keuntungan Berganda
Pengurusan yg buruk = Keuntungan yg kecil
Penipuan dlm pengurusan? = Ternyata tiada keuntungan
Pandangan saya, ia ada kaitan direct dengan subsidi. Sekarang nie, org kaya-kaya yang belum tentu bayar cukai paling banyak menikmati subsidi dan tak kena tax masa belanja.
Contoh.
Org miskin naik moto. Minyak sebulan RM50. Subsidi dinikmati. RM20
Orang kaya yg belum tentu bayar tax – bmw – Minyak sebulan RM1,000. Subsidi dinikmati RM410
Orang kaya belanja tempat yang orang miskin tak pergi/beli – takde tax
Kenapa saya kata belum tentu bayar cukai tapi pakai bmw? Kilang-kilang haram kat Balakong atau seangkatan dengannya senang-senang beroperasi tanpa lessen. Cukai perniagaan 0.
Kalau berlesen pong, dengan sedikit magic, untung 1 juta boleh jadi rugi 2 juta. (saya akauntan, saya tahu)
Dengan GST, diorang tak boleh lepas. Owner untung, belanja, kena tax.
GST harga barang akan naik?
Ya untuk barang sederhana dan mewah.
Proposed GST (2010).
Electrict first 200 unit – takde tax
Air – first cubic takde tax
KTM, LRT, taxi – takde tax
Beras + sayur – takde tax
Livestock – takde tax
Live meat + fish – takde tax.
So saper kata orang miskin akan tertindas? Tax yang di collect sebenarnya boleh disalur direct pada diorang.
Cuma mekanisma sahaja perlu diperkuatkan. Itu cerita lain.
Bangkang boleh, tapi kena dengan ilmu…
Satu lagi, pada pandangan saya, rahsia TERBESAR kenapa peniaga yang kebanyakan kaum cina takut dengan GST iaitu INPUT TAX.
Kaedah GST, semua peniaga kena berdaftar untuk claim tax bahan mentah/separuh siap yang dibeli.
Beli bahan mentah x 4%. 4% tax boleh diclaim semula kepada pihak kerajaan jika dia adalah orang tengah dan dicaj pada pengguna jika dia penjual akhir.
Jika dia tidak berdaftar, semua peringkat tax 4% tidak dapat diclaim semula dan terpaksa tanggung oleh pembeli yang menyebabkan harganya akan menjadi sangat mahal dan tidak kompetatif. (saya simplify, search google GST and input tax)
Akhirnya, peniaga tiada pilihan, untuk remain competitive, kena berdaftar.
Bila berdaftar, segala sejarah pembelian akan ada record secara automatic dan magic TIDAK DAPAT DILAKUKAN. Jumlah sales takleh kelentong, jumlah cost of sales pon takleh kelentong.
Peniaga akan kena tax perniagaan yang amat tepat.
So, secara umumnya, takde lagi kes-kes peniaga kaya yang tidak bayar tax tapi nikmati subsidi.
Tugas kerajaan sekarang,
1. kena berani announce berapa cukai individu dan perniagaan yang akan dikurangkan dengan perlaksanaan GST
2. Perkemas penyaluran tax.
Pandangan saya. GST mesti dilaksanakan walau siapa yang pegang tampuk pemerintahan.
Dalam falsafah SST (cukai jualan dan perkhidmatan) semua barang tidak dikenakan cukai melainkan dikatakan kena. Misalnya menginap di hotel, makan di restoran dan sebagainya dikenakan cukai. Dalam regim GST pula semua barangan dikenakan cukai kecuali dikatakan tidak kena. Hanya barangan yang ditarafkan sebagai sifar (0) peratus cukai seperti makanan dan perkhidmatan asasi yang tidak dikenakan cukai. Selain itu semuanya akan dicukai. Pada akhirnya rakyat akan dibebankan lebih daripada yang mereka perlu bayar dalam regim percukaian dahulu. Inilah perkara yang tersembunyi dalam GST yang tidak diterangkan kerajaan kepada rakyat.
Jika kini sebahagian sahaja yang dikenakan cukai atas pendapatannya, namun setelah GST berlaku secara TIDAK LANGSUNG semua lapisan masyarakat tidak kira usia dikenakan cukai atas “pendapatannya”. Termasuk pelajar dan pesara.
Sepatutnya GST jika ingin dilaksanakn mestilah diPAKEJkan bersekali dengan insentif langsung kepada golongan yang sepatutnya dikecualikan sama sekali dari dicukai (pendapatan kurang 3k / penganggur / pelajar / pesara yg tidak berpendapatan).
Sebagai timbal balik, kerajaan haruslah berani buat pengumuman.
Dengan perlaksaan GST, kadar cukai pendapatan individu akan dkurangkan, sebagai contoh, 30% dari kadar cukai individu semasa.
Semasa 10%, laksana GST jadi 7%.Cukai perniagaan pun sama.
Pada pandangan saya, tak kira samada pekerja, pelajar, penganggur atau pesara, jika dia menikmati perkhidmatan/barangan yang lebih dari keperluan asas, maka wajar dikenakan GST kerana dia mampu
Sekarang, bercakap pasal menyalurkan GST yang dikutip.
Pelajar dapat RM1000 setahun.
Penganggur dapat RM 0
Golongan bependapatan rendah (termasuh pesara yang miskin) dapat RM3000 setahun
Tol dimansuhkan
Jaringan LRT seluruh Malaysia
Jalan raya dan kemudahan asas diSabah dan Sarawak dipertingkatkan
dan sebagainya….. (sebagai contoh)
Yer..yer…akan ada orang cakap kerajaan akan songlap duit GST….
Macam saya bagitahu sebelum nie, tukar kerajaan pun takper, GST harus dilaksanakan.
Ingat, input tax dan output tax.
Ada org pakai Merc/BMW tak bayar tax DAN nikmati subsidi….
tp kenapa terdapat juga brg asas sperti gula GST-nya juga dikenakan?
kebanyakan org (termasuk saya) igt GST tu Goverment Service Tax seperti yg dilaksanakan sekarang sebanyak 6% (mulai Januari 2011)
secara keseluruhannya ternyata kerajaan gagal memberi penerangan dengan jelas apa itu GST yang sebenar iaitu Goods & Service Tax (4%)
apa pon GST yg dimaksudkan semakin jelas apabila membaca artikel ini. Terima kasih Pak Di dan rakan² yang lain krn berkongsi pendapat.
p/s: saya akan sebarkan kepada rakan² yang lain.
nak buat apa pun takpa asal bg faedah pada rakyat,,,,,,masalahnya skrg org yg laksana tu tak amanah,,,,,,,,,,,
Assalamualaikum..
Just nak tanya pasal Idris Jala naikan cadangan gst kepada 7%.. Mcm mana tu?
Ya, secara teorinya GST memang nampak adilnya dan baik kepada kerajaan. Begitu juga dengan cukai cukai sebelum ini.
Siapa boleh jamin harga barang tidak akan naik selepas GST di laksanakan. Betul barang makanan tidak dikenakan GST. Pengangkutan barang makanan tersebut bagai mana? Pastinya Kos yang ditanggung oleh pengusaha akan disalurkan kepada pengguna. Maknanya pengguna juga akhirnya yang akan menanggung segala GST, GST yang di kenakan oleh kerajaan kepada pengusaha melalui kenaikan harga.
Pengalaman kita di Malaysia, Apabila Menteri bercakap berkenaan dengan harga kawalan dan harga barangan yang tidak naik, natijahnya harga akan naik dalam jangkamasa seminggu selepas itu.
Thanks Pakdi…good info
klo harge sume tambah 4 pratus pun nk ckp adil, mmg bijak la sume pnyokong krajaan ni. cte fastfood, astro nye cukai turun 2 pratus, brang dapur sume naik 4 pratus.. pandai kre tak.. ko mkn mcd hari2 ke?
En. Adham Roslan cadangan GST 4% dikenakan disemua peringkat dari pengeluar, pengedar dan peruncit. tetapi mereka boleh tuntut kembali GST berkenaan so end user hanya kena GST 4% sahaja cukai bukan 12 % (4% x 3). Barang dapur dan keperluan
asas tidak dikenakan GST.
klo harge sume tambah 4 pratus pun nk ckp adil, mmg bijak la sume pnyokong krajaan ni. cte fastfood, astro nye cukai turun 2 pratus, brang dapur sume naik 4 pratus.. pandai kre tak.. ko mkn mcd hari2 ke? xyh jd acaunten la nk kire..
Saya bersetuju dengan pandangan saudara Adham ini. Ketika ini hanya sebahagian kecil sahaja barangan yang kena SST. Maka kita boleh mengelaknya dengan tidak membeli barangan atau perkhidmatan tersebut. Sedangkan dalam sistem GST sudah pasti kita akan seolah-olah tercengkam dengan cukai ini dalam kehidupan harian.
GST diperjelaskan oleh kerajaan bagaimana cukai itu berlaku disepanjang rantaian dari pengeluar-pengedar-peruncit-penguna. Dinyatakan bahawa ada mekanisme menuntut semula cukai oleh “penjual” (istilahnya kredit cukai) apabila pembeli telah membayar GST tersebut diakhir rantaian (istilahnya output cukai).
Namun, bagi rantaian barangan dan perkhidmatan yang disenaraikan tidak diGSTkan, GST yang dibayar ke atas input oleh pihak peniaga yang terlibat tidak boleh dituntut semula sebagai kredit cukai. Maka sudah tentulah peniaga ini akan “tuntut” dengan pembeli. Disinilah silap matanya barang yang “dikecualikan” GST.
Regim GST juga digambarkan dapat mengelakkan cukai berganda yg menyebabkan harga kepada pengguna tinggi. Namun pada masa yang sama, kerajaan mengatakan GST ini dapat menambah pendapatan kerajaan sehingga lebih RM20b. Kesimpulan disini ialah, kerajaan cuba mengatakan “cukai berganda” mempunyai nilai yang berbilion ganda kurang berbanding dengan “cukai tidak berganda”.
Mungkin ada sesiapa yang boleh menjelaskan logiknya…
En Rahman, kalau barang dan perkhidmatan tu x disenaraikan dalam GST peniaga nk tuntut apa.. tak kena GST kan? cukai berganda tu pengilang, pengeluar, pemborong dan peruncit yg dapat bukan kerajaan. Contoh: Seluar yg tuan pakai kilang dah kena tax utk input (kain, elektrik, upah dll) semua tu akan dikira sebagai kos katakan RM 50.00. Kemudian pemborong amik margin 20% harga dah jadi RM60.00. Peruncit pulak up lagi margin 50% harga dh naik RM90.00. So itulah tax berganda yg dimaksudkan. kerajaan cakap dapat RM20 bil dgn GST ni sebagai GST ni based dia lagi besar. dgn kata lain barang yang kena cukai lagi banyak barang.
En. Mawi, jika saya jual ikan ( tidak di GST) , tapi saya perlu guna lori, peti simpanan ikan, ais dan pelbagai peralatan lain yang diperlukan (ke semuanya dikenakan GST). Maka sudah tentu kos operasi saya meningkat sebab tiada tuntutan dapat dibuat diakhir rantaian jual ikan saya itu. Harap En.Mawi mudah faham dengan penjelasan ringkas sebegini.
En.Mawi telah keliru dengan definisi cukai berganda. Senario yang diterang oleh En.Mawi itu adalah pengambilan untung. Bukannya cukai berganda yang dimaksudkan. Cukai berganda yang berlaku dalam regim SST dijelaskan oleh kerajaan adalah terdapat cukai di peringkat pengeluar (cukai jualan) dan diperingkat pengguna (cukai perkhidmatan). Inilah 2 cukai yang dimaksudkan cukai berganda/bertindih.
proposed rate 4% mungkin akan dinilai semula. pada kadar 4% it is neutral income to government. Pricewaterhousecooper kata mungkin kadar 5-6% lebih bermanfaat.
Apapun alasannya, satu lagi tax dikenakan pada rakyat.
Tak perlu bercakap pasal BR1M, sbb tak semua nikmatinya. Rakyat Malaysia ada 25 juta.. Yg terima sekadar 7.1 juta. Lagi 17.9 Juta melopong sajalah.
Saya antara golongan berpendapatan sederhana yg kena bayar oncoe tax… GST lagi, SST lagi… Tol lagi… Ini belum kira cukai kenderaan import yg tinggi mnyebabkan harga kenderaan turut timggi.
Nak hapuskan / turunkan kadar tax pada hiburan spt wayamg contohnya? Tak ramai pun tonton wayang. Harga petrol diturunkan? Ron 97 tak ramai pun yg mengisinya.
Terima kasih kerajaan.
*income.. Bukan oncoe
En. Mohd fairus, GST bukan satu lagi tax yg dikenakan. GST akan menggantikan SST. Pengangkutan umum – Rel, Bas, Teksi, Feri, Tol, Rumah/ tanah kediaman, pertanian & kegunaan umum, Pendidikan dan kesihatan, Kewangan dan barang keperluan asas tidak termasuk dalam senarai GST atau dikenakan kadar 0%.
dah mmg system mcm tu.ada yang kaya , sederhaan dan yang kurang duit.yang byk duit leh la beli kete besar umh besar.siap leh wat sewa umh tu.makna duti byk pergi ke dorang ni.dorang ni pandai cari duit.duit yg byk tu pergi kt dorang banyak dan pergi kt kita sikit..sebab apa? fikri la sendiri.contoh bangsa china.keta besar, umh besar ,umh kedai sewakan, duit kt bakn pun banyak.so kalu kita nak mcm tu kita takda cara lain kena mcm dorang kena pandai cara lain…lgpun tak akanda org yg akan bg kita duit.
cukai tetap kena bayar.samada SST atau SST tu di ganti kan dengan GST.tak guna nak mengeluh mcm tu sbb mmg system mcm tu..ramai org leh paki keta import yg mahal2..kita je yg tak boleh.tak da cara lain, kena lah cari duit banyak2…mcm mana cara..itu sendiri la fikir..
dalam islam tiada istilah cukai ,jika cukai mengambil separuh dari wang usaha peluh rakyat tunggulah balasan Allah.Kerajaan yang banyak membazir kenapa rakyat diminta tanggung.
tp orang Islam wajib bayar zakat.. kenapa nak bayar cukai lagi??? kan lebih adil sekiranya cukai dikenakan hanya kepada yang bukan Islam sahaja..ini, cukai sebok nak bayar, alih-alih, orang Islam abaikan zakat yang wajib di bayar
zakat boleh rebat terus dari cukai..so bayarlah zakat banyak2..
saya setuju GST dilaksanakan dan income tax diturunkan.. semoga kerajaan segera laksanakan..terima kasih
saya masih tak faham ngan GST…baru2 ni sy ada tukar tayar lori…setiap 1 biji tayar di kenakan kan GST…sedangkan kedai mereka pun dalam kampong…entah2 lesen pun takde…macam ambik kesempatan je…
Yg x best nya tang kerajaan belum memikirkn untk mnurunkn cukai pndptan setlah gst dilaksanakan..klau x trun ckai pndptan mknanya mkin bnyak la cukai yg dikenakan..hemm
nanti klo repair komputer,kereta kena tambah 6% utk gst ka?
aduss parah2
gst adalah good and services tax yg dikenakan kepada pengilang/pemborong/peruncit/pengguna untuk semua barang yg di kenakan gst kecuali barang yg telah ditetap kan (mkanan, api air,dll ) semakin banyak kita membeli semakin banyak cukai akan kita bayar tidak kira siapa student, suri rumah, perkerja @ dlm kata lain rakyat malaysia lah, ok kita beli automatik byr cukai, pendapatan negara bertambah, faedah kepada rakyat dapat di pertingkatkan (untung byk kan), tak semua orang faham dengan gst nie, kena terang dengan ayat yg orang senang faham, apa yg penting keuntungan yg diperolehi mestilah di salur balik kepda rakyat, kemudahan2 di tingkatkan, duit byk berkepuk yg dapat tu leh la di fikirkan untuk kemajuan demi agama, bangsa dan negara…….secara ringkas yg sy faham lah….
terima ksih..good info utk sy yang nak interview ni..
Tq. Info berguna.
GST is good.. tap dgn pimpinan kerajaan yg xtelus, xjujur dr lapisan atas smpai ke bwh.. xmungkin pndptn negara berubah.. byk aspec perlu dperbetulkn lg sblm laksanakn.. otherwise akn btmbh parah.. wjd sprm pn same jg.. media bkn milik gov pn xtelus.. mcm mn nk bina kyknn rkyat.. Negara milik rkyt bkn pemimpin..
Jadi,kalau harga makanan kat kedai naik tu sebab supplier ye yang bekalkan harga mahal..? Atau peniaga makanan yg naikkan sendiri sebab nak naikkan gaji staff, tampung kos kenaikan barangan lain..? Siapa yg akan paling terasa kesan GST ni jika bkn penduduk bandar. Org kampung mungkin tak terasa sangat.
tahu perkara ini,tapi masih menentang gst. ramai concern dgn gst kerana ia dikenakan pada barang keperluan, which semua perlu beli, including orang tak mampu. that’s one major issue..kfc, tiket wayang yang akan turun harga tu bukan keperluan
6% bukan 4%, ubatan betul ke tak kena?antara hospital dengan pembekal?betul ke ni…mcm tak je… dengan persepsi rasuah dan ketirisan duit berlaku dalam negara apa jaminan dengan penambahan cukai benda yang sama tak akan berlaku tetapi cuma menambah harta untuk diselewangkan?lol
Regim cukai seperti GST, bukanlah penyelesaian masaalah yang bijak utk mengurus rakyat dan negara.Sebenarnya,perlu ada tindakan yang serius dalam memahami kepayahan rakyat bagi mereka berpendapatan rendah dan sederhana rendah.Golongan sebeginilah yang telah mendokong biawak hidup sepanjang hayat dalam’mengharungi kos hidup yang meningkat dan tiada penghujungnya,demi kesejahteraan pendana2 yang menikmati riba, pemain spekulasi & manipulasi serta manapoli di kitaran sosial ekonomi yang mengelilingi setiap saat dan masa di dlm kehidupan kita.Di tambah pulak,kebijakan pehak pemerintah yng singkat utk memperkenalkan rejim cukai yang bersistematik dan lebih telus utk di hadiahkan kepada rakyat semua.Persoalannya,berapa banyak pengorbanan rakyat utk golongan2 klogromerat yang kaya raya utk kita menerima GST.
Salam. Smlm (15/10/2014) tgk tv1, Ahmad Maslan ckp pusing2.. Cth mudah :- Brgan asas sperti beras x kna GST. Tp klu servis charge dikenakn kpd pihak pengeluar, kosnya siapa yg akan tanggung? Akhirny rakyat yg t’paksa serap kos aka harga brg asas tetap akan naik..
sekarang ni harga minyak turun ,harga makanan takde turun pun kalau gst dilaksanakan apakah jaminan kerajaan harga barang yang x kena gst tidak akan dinaikkan?Setakat bagi jaminan aku tak percaya seperti manifesto janji ditepati untuk tidak dilaksanakan.
Kalau iklan pasal gst blh dibuat n dilaksanakan.kenape hukum hudud x dilaksanakan and x diterangkan kepada rakyat.hm
Salam,
Mana tuan tanah ni? Banyak org komen tanya mcm2. Jawap le. Dah baca artikel tu. Tp tahun 2013, dr 4% belom apa2 dah jadi 6%. Lagi kesian kat org miskin kan? Lagipun skrg mana ada subsidi…
Tuan tanah… jgn senyap je. Rajin tulis artikel tu rajin2 la balas komen org ni. TQ.
Salam 1Malaysia…
Topik yang hangat, ermmm..
Dalam pemahaman saya (tak habis sekolah),
1) GST dikenakan kepada syarikat dan pengusaha serta pengguna mengikut terma dan syarat tertentu. Kecuali pengguna sahaja yang wajib tanpa syarat.
– Jika betul apa yang saya faham diatas, maka sudah tentu kilang cas 6% kepada Pengedar, pengedar cas 6% kepada pemborong, dan pemborong cas 6% kepada peruncit. Soalan saya, berapa tapisan 6% kah yang dikenakan kepada pengguna akhir?
2) Terdapat beberapa jenis perkhidmatan dan barangan yang dikecualikan dari GST.
– Saya yakin ini adalah kenyataan sebab saya selalu dengar iklan di TV dan Radio, soalan saya ialah bagaimanakah kenaikan harga dapat dipastikan kepada sesetengah barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan seperti tersebut jika sampul surat, currier services dan banyak lagi barangan dan services lain yang terkait dengan urusan sudah meningkat bermula 1 April ini?
Jika….
Keajaan menaikkan kadar cukai sedia ada kepada 15% ke 25% terhadap barangan dan servis yang ekslusif seperti Perkhidmataan SPA, Barangan berjenama seperti Beg tangan, kasut, pakaian, kenderaan mewah, cukai tanah kepada pemilik yang memiliki melebihi 2 hektar, perkhidmatan membelian rumah ketiga dan keatas, perkhidmatan perhotelan, bil pesakit luar di hospital swasta dan sebagainya, kemudian mengiklankan dengan menyatakan ” kutipan bagi cukai-cukai baranagan dan servis mewah @ VIP ini akan dikumpulkn kedalam satu tabung untuk agihan kepada rakyat nanti, (apa-apa yang patut lah kan..).
Maka dengan cara seperti ini, sudah tentu rakyat menerima manfaat dari perbelanjaan kelas VIP tersebut tanpa membebankan rakyat itu sendiri.
Setakat ini mungkin saya belum faham lagi perihal GST in membuatkan saya membuat komen seperti ini. Mungkin perlaksanaannya nanti saya lebih memahami lagi apakah kebaikkan yang cuba disampaikan oleh kerajaan kepad rakyat mereka.
Sekian.
Knp sya stress lps gst? Knp duit sya cpt abis? Beli pampers je.. hrg rm48.++ tp byr rm51.++.. pampers tu kperluan gak. Sya x dpt tdur.. pikir nk cri duit celah mn lg.. brim pn x dpt.. ke nk kena korek duit syiling.. ni on9 pn pakai wifi kg. Smpi skrg x phm.. pa kebaikan n kelebihan gst utk sya.. sya sgt tbeban.. korg semua stuju sbb kaya.. sya nk mkn sayur.. kena g cari kt blkg n tepi umah.. adoi..
Hmm.. ok. Sorg suami.. gaji rm300.. isteri rm300.. rm600. Brim x dpt.. x tau knp.. Ank2 ada 4org. Tgl kt kg.. mkn sayur kutip d blkg umah. Bil air x pyh byr sbb air bukan dr jab air. Tdur pakai tilam je.. x ada katil. Kongsi blik dgn ank sbb tgl dgn mentua. Astro x pakai.. mkn ayam pn ayam pelihara, tgkp ikan kt sungai. G keje jln kaki.. pampers ank pki lampin.. bju da lusuh.. byr bil api je… beli susu ank sebulan rm200.. beli beras rm150.. beli sabun kain, sabun mandi, berus gigi tu pn kongsi pakai, beli yg tmurah rm50 la cincai.. byr bas ank rm90 sebulan.. x bg duit blnja.. ank mkn rmt.. baki rm110.. tu sblm GST.. da GST ni.. rasanya mcm mn ya.. klo korg sruh bt bisnes..modal pn x ada.. brg2 nek ada gst.. nk bisnes pa.. sruh kja lebih.. da keja pg smpi ptg 7hr sminggu.. masa dgn ank pn x ada. Hah.. bila emak bapa x ada, ank tbiar.. hmm.. tu yg kebun dkt rumah.. klo kebun jauh 180km dr umah sbb tnh kt situ, x dpt bt umah kt sna sbb x ckup bajet.. ank x dpt pndh ke sek sna sbb mmg x ada sek pn.. pndalamn.. emak bapa tgl kt kebun.. hjg mgu bru blik.. tu tambang bas pla.. tu pn klo mmg dpt rm800.. klo banjir,mcm mn pla? Nk mnta tlg sdara.. sdara pn sma taraf.. entah la korg.. org hidup sderhana bole la ckp itu ini.. org yg kais pg kais ptg ni jg yg merana.. hasil GST x dpt pa pun.. klo hasil gst utk bt jln rya, org mcm ni x ada keta.. utk bt hsptl n tgktkn peralatn hsptl, nk g hsptl pn x duit tambang. Hp pn x ada.. cuba beritau.. pa kelebihan sbnrnya gst ni utk org kg? Utk org bndr mmg la..
gst dah dilaksanakan.kenapa krjaan bn liat betul buka sst. rakyat sekarang membeli barang dengan kadar harga barang + sst + gst. mana itu rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. kerajaan penipu rakyat
Kepada yg setuju dan mengagung2kan perlaksanaan GST, bagaimana ianya dpt memanfaatkan rakyat or kerajaan or peniaga, adakah antara kamu sapekah yg bisa memberi solusi ke atas kes saya yg merupakan peniaga kantin sekolah. Saya ambil contoh air kotak yg dikenakan gst apabila dibeli. Tp saya x mungkin boleh caj gst ke atas murid sekolah kerana ianya peraturan sekolah dan dilarang jual dgn harga mahal. Saya x daftar kerana x cecah rm500 ribu setahun. Semua barang yg saya akan dicaj gst atas tanggungan sendiri. Claim dr kerajaan x bisa, caj atas murid x bisa. Bknkah kerajaan memaksa peniaga kecil spt aku ini utk gulung tikar?? Mohon diberikan solusi tq
Comments are closed.