5 Tips Menyimpan Yang Efektif

Menyimpan ini boring. Namun bila menyimpan, separuh dari masalah kewangan sudah pun selesai. Bila langsung tak menyimpan, macam-macam penyakit kewangan keluar. Justeru, kena paksa diri kita untuk menyimpan. Suka atau tidak. Susah atau senang. Simpan!

1. Standing Instruction (SI) atau Auto Debit

Buat potongan sejurus selepas gaji masuk. Masukkan ke dalam akaun simpanan kita. Tetapkan tarikh yang sama dengan tarikh gaji masuk setiap bulan. Simpan dahulu, selebihnya baru belanjakan.

2. Main Kutu

Kalau susah sangat nak disiplinkan diri menyimpan, boleh cuba teknik ini. Kutu tradisional. Bukan skim kutu yang menyalahi undang-undang tu.

Ajak 3-5 orang kawan untuk bermain sekali. Setiap seorang sumbangkan sebanyak RM 300 sebulan. Bila dah terlibat di dalam game ini, kita akan rasa segan dan malu jika tidak bayar. Malah, kita akan seronok bila tiba giliran kita untuk terima duit kutu untuk bulan tersebut. Kalau 5 orang main, terus dapat RM1,500 dan terus simpan dalam tabung. Walaupun pada hakikatnya, duit tersebut memang duit kita pun, cuma psikologinya agak berbeza.

3. Kumpul Si Hijau

Jumpa sahaja duit berwarna hijau ini, terus simpan di dalam tabung. Kenapa RM5 dan bukan yang lain? Dah baca, jangan cakap banyak. Buat cepat.

4. Simpan Duit Syiling

Ramai di antara kita malas nak bawa duit syiling ke mana-mana.

Kalau makan di kedai mamak RM2.80, kita akan beri RM3.00 dan baki 0.20 sen lagi kita beli gula-gula sebab malas nak simpan duit syiling. Apa kata mulai sekarang, duit syiling baki kita beli barang itu kita simpan terus di dalam tabung. Sampai je rumah, seluk poket, kalau ada syiling, terus masukkan. Ada orang pernah buat teknik ini dan berjaya mengumpul RM800 selama setahun dengan kumpul duit syiling sahaja. Lebih kurang RM70 sebulan. Wow, banyak juga tu.

5. Simpan di Akaun Tanpa Kad ATM

Ada 3 pilihan.

  • Akaun fixed deposit
  • Tabung Haji
  • ASB

Buka akaun,  masukkan duit menggunakan cara # 1 dan lupakan terus. Mula-mula memang agak susah, tetapi lama-kelamaan ianya akan mudah. Kalau menyimpan di dalam bank yang ada kad ATM, memang susah nak disiplinkan diri. Sebab mudah sangat nak keluarkan.

Selamat menabung!


Baca Nota Pakdi menerusi emel:

9 thoughts on “5 Tips Menyimpan Yang Efektif

  1. -Saya buat potongan ASB/Tabung Haji setiap bulan dan simpan duit syiling dalam tabung sebab malas nak bawak.

    Menarik simpan syiling,cukup setahun mesti ade around RM300+,dah boleh buat duit servis kereta.

  2. Buat masa sekarang saya menyimpan secara tetap (potong gaji) pada asb dan tabung haji.

    Bila gaji naik, tambah RM 50 pada potongan asal.

    Cuma kena berdepan dengan bahagian pentadbiran yang masalah. Pengaruh kita dengan fakta yang bukan-bukan.

    Namun saya akan kuatkan azam …

  3. Sy dh buat sistem simpan si kuning & si hijau. Memang sgt berkesan. Kalau sebelum ni, xtahu ke mana duit tu mengalir.tp bila ada Tabung Kuning Hijau ni, sebulan, saya boleh dpt RM450++.

    Happy dengan cara ni. Cukup bulan, saya akan bank in kan dlm Bank Islam. So, duit tu akan duduk senyap2 kat situ..

  4. Bagus entri dr saudara ini..
    Bagi saya,saya menggunakan teknik 50:30:20 yg terkenal itu..
    50% drpd gaji utk Keperluan
    30% drpd gaji utk Kehendak
    20% drpd gaji utk Simpanan..ternyata berkesan bg saya..

Comments are closed.